Wednesday, August 09, 2006

Antara lapar dan hi-fi Sony

Ada satu kes terjadi. Seorang pelajar telah keciciran wallet di dalam kampus. Belum sempat dia buat aduan kat bank, ada orang dah kebas duit dari akaun dia (tu la budak-budak bijak pandai ni, simpan nombor PIN dalam wallet!) – RM1500. Tapi sebab ada kamera maka dapat la unit keselamatan cekup si pencuri..cara camne dia orang tau, jangan tanya aku. Dan si suspek dibawa ke bilik siasatan. Dia mengaku dia jumpa wallet mamat tu dan guna ATM tapi katanya untuk dia buat makan pasal biasiswa tak masuk lagi dan juga untuk beli buku dan bayar hutang…kesian kan? Sampai terpaksa mencuri. Tapi….Ha! ada tapinya. Guard yang check bilik dia terjumpa satu resit dari kedai letrik berhampiran…tarikh yang sama dengan hari mamat tu draw duit. Kat resit tu tulis ‘Hi-Fi Sony RM1200’. Selepas diinterrogate lagi baru la dia mengaku perkara sebenar…dia guna RM300 aje untuk tujuan makan, hutang dengan buku aje…bakinya dia ngapppp!

4 comments:

JBM8141 said...

ha ha si bodoh mencuri harta si bangang

Nazri Razali said...

LOL. So he didn't lie, but simply forgot to mention small detail...

abdullahjones said...

entri yang hampir-hampir menjadi entri politik dan di elakkan oleh akhir cerita. haha.

Anonymous said...

X pyh masuk politik depa mmg dah pandai dlm hal hal sebegini