Tuesday, November 28, 2006

Pembunuh Yang Tersembunyi - Dihydrogen Monoxide

Sedang kita sibuk dengan ‘bahaya asid’ dalam coke, kita lupa bahaya benda ni...yang lebih meluas!Bahan ini dinamakan Dihydrogen Monoxide (DHMO) juga dikenali sebagai asid hidroksik, asid hidroksilik atau hidrogen hidroksid.

Apakah DHMO?
DHMO merupakan satu sebatian kimia tanpa warna dan bau. Bahan 'aktif'nya ialah hidroksid...salah satu komponen dalam bahan menghakis dan mudah meletup seperti asid sulfurik, asid sitrik dan ethyl alkohol.

Apakah bahaya DHMO?
Setiap tahun, beribu-ribu kematian berlaku akibat bahan ini malah bahan ini juga menyebabkan kerugian hartabenda bernilai berjuta-juta dolar di US, terutamanya di selatan dan tenggara.Antara bahaya DHMO ialah:
- kematian akibat kemasukan DHMO dalam sistem pernafasan
- pendedahan ke atas DHMO dalam bentuk pepejal boleh membuatkan kerosakan tisu yang teruk, ramai mangsa bahan ini terpaksa dipotong bahagian yang rosak untk mengelakkan kecederaan lebih teruk, atau kematian.
- DHMO dalam bentuk gas akan menyebabkan lecuran teruk (bergantung kepada tempoh terdedah)
- DHMO merupakan salah satu komponen utama hujan asid.
- menyebabkan banyak jenis logam teroksida- DHMO turut dijumpai dalam tumor dan barah- Sekiranya seseorang ketagihan bahan ini, kematian akan berlaku dalam masa 168 jam selepas kali terakhir memasukkan bahan ini.

Penggunaan DHMO
Walaupun banyak keburukan...DHMO tetap digunakan dalam industri, agensi kerajaan dan juga dirumah kita! Antara aplikasi DHMO
- sebagai pelarut industri dan bahan penyejuk (coolant)
- dalam reaktor nuklear, dipercayai antara penyebab kejadian di Chernobyl
- penghasilan styrofom (yang merosakkan lapisan ozon)
- dalam pembuatan senjata biologi dan kimia
- sebagai salah satu bahan pemadam api
- terhasil akibat penggunaan penghawa dingin
- bahan untuk membantu menyeksa tahanan di Israel, Iraq, Afghanistan, Jepun (Perang Dunia)
- dalam makmal kajian haiwan
- di kolam renang awam

Dirumah pula DHMO ada dalam benda-benda berikut:
- Makanan bertin, makanan bayi
- Ubat-ubatan seperti ubat batuk
- pembersih ketuhar
- syampu, pencuci wanita, sabun cecair
- apa yang menakutkan, walaupun dicuci bersih2, DHMO tidak dapat disingkirkan daripada makanan!

Masalahnya kerajaan buat tak tau pasal perkara ini walaupun dah berpuluh tahun. Siapa tahu no phone Karam Singh Walia, tak pun CAP?

2 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Yang berkenaan tu biasa la... dah terantuk nanti baru nak tengadah..

Anonymous said...

Aisey, fox byk laa guna bahan2 yg mengandungi DHMO ni, huhuhu...