Thursday, November 09, 2006

Catatan Cuti Raya III

Masa aku nak balik semula aku singgah kat PD. tujuan aku satu aje, nak melawat Muzium Tentera Darat. Pusing punya pusing sampai aku terlajak ke Teluk Kemang, baru aku sampai. Hari panas terik jadi aku takleh nak lelama sangat. Tapi Nabila OK pulak (ikut perangai aku kot?) Wife aku pun OK dan kata dia kalau balik Johor dia nak singgah lagi lama sikit.

Pemandangan dari parking lot. Pesawat lama DHC-4 Caribou TUDM (ye la TUDM support TD kan?). Pesawat yang ni cacat sikit sebab propeller spinner dah hilang. Bilah kipas dia pun lain macam aku tengok. Mungkin bagi membolehkan kipas berpusing ditiup angin.







Pesawat A-4PTM Skyhawk dalam laman muzium. Meghelit bukan main (kata orang Kedah). Cuma pesawat yang ni ketiadaan bonggol avionik kat belakang pesawat.







Kereta perisai V-150 TD. Yang ini telah ditembak pengganas komunis di Kroh tahun 1976 dulu menyebabkan tiga anggota terkorban. Bekas tembakan pelancar roket kelihatan dibahagian belakang (belah kiri gambar).






Nabila berposing atas motor pasukan tatu TD!









Turet meriam kereta kebal Type 89 Jepun yang dicabut menjadi 'pillbox' ketika Perang Dunia Kedua. Kat mana dia orang jumpa tak ingat pulak aku....







Nabila enjoying herself among the parked armored vehicles.










Ni mamat mana pulak masuk dalam SIBMAS AFSV ni...dah la dalam tu sempit. Lepas masuk pulak dia nih...hehe.








Haaglunds BV206 ATV yang TD mula guna masa bertugas di Balkans. Yang ada kat Muzium ni dah hilang beberapa road wheels dia (sebab tu kena hantar muzium kot?)







Nabila dan mamanya kat pintu masuk Sibmas tadi. Gambar diambil oleh ayah Nabila setelah berjaya mengeluarkan diri dari ruang sempit Sibmas tu.







Tugu / Memorial Perang Tentera Darat. Kat obelisk kecik-kecik tu dipahat nama-nama anggota TD yang terkorban mempertahankan negara.

Bangunan utama muzium. Bila masuk kat reception area ada tayangan video/hologram (featuring Shahruddin Thamby sebagai Hang Tuah dan kalau tak salah Hairie Othman sebagai Lt. Adnan). Juga tempat melepak dua-tiga budak dari kuarters berhampiran.
Ada banyak lagi bahan pameran muzium seperti gerabak keretapi, meriam lama, meriam moden, replika terowong PKM dan macam-macam lagi, cuma takat ni aje la aku masukkan dalam blog.

2 comments:

Anonymous said...

Nabila nihhhh... mmg cute ngattt.... dia dah mula minat sama cam u ek...

Anonymous said...

Hi, Alpha The Kerastangan :)

Saya orang Malaysia (dari KL)yang sedang study kat Taiwan. Saya ada soalan di sini...

Agak hairan saya melihat gambar A-4PTM yang tiada bongol avionik. Mungkinkah ini salah satu di antara pesawat yang tidak di-update & direfurbishkan oleh Grumman dan ditiggalkan di gurun Arizona? Setakat yang saya tau, TUDM hanya refurbish 40(diantara jumlah 88 peswat bekas milik USN). Disebabkan saya dapat lihat serial nombor A-4 (M32-18) dalam gambar yang kamu ambil, saya assume inilah salah satu A-4 PTM yang dioperasi oleh TUDM pada masa dulu. Akan tetapi, mengapa pesawat tersebut tidak ada bongol avionik???

Saya agak keliru dan sila betulkan saya jikalau kamu tahu apa-apa cerita tentang A-4 yang tiada bongol avioniki ini, kerana dalam ingatan saya, hanya A-4PTM serial M32-01 hingga M32-06 (versi latihan) tidak mempunyai bongol avionik.

Terima Kasih,

Chee, dari Taipei.

ts_f16@hotmail.com