Wednesday, November 08, 2006

Antara Spender, Beruk Dan Makhluk Bertanduk

Masa bercuti panjang itu hari aku bawak la wife dengan anak aku pergi Johor (Johor Baru untuk orang luar Johor) kira-kira nak melepak kat Danga Bay la. Lepas berposing sakan kat kawasan sekeliling, aku ingat nak pergi la Restoran Singgah Selalu yang femes tu. Tapi pusing punya pusing takde. Dah tutup ke? Pindah ke? Bila aku balik BP aku cite dengan mak aku. Mak aku kata mmg dah tutup pasal itu hari kononnya ada ‘Ustaz’ nampak ada beruk menari-nari kat bumbung kedai tu. Dengan automatiknya aku cakap kepala hotak berjambul la sapa yang buat cite camtu mak! Kenapa? Sebab kononnya dulu gak Ustaz Haron Din nampak makhluk bertanduk (ramai) melambai2 dari bumbung sebuah kedai nasi kandar yang terfemes kat penang! Variasi cerita camni ialah beberapa kedai makan (yang terkenal tentunya) yang guna ilmu pelaris. Ceritanya mesti camni – ada pelanggan masuk dapur nak amik sendiri makanan…sedang godak periuk, tertarik spender yang diletak dalam periuk tu. Antara mangsa cerita jahanam camni ialah nasi bariani gam original kat BP. Sampai tutup kedai...tapi sekarang ni dah hidup balik.

Bagi aku ni semua cerita fitnah yang disebarkan oleh peniaga2 yang terancam kedudukan mereka sebab ada establishment yang menarik minat pelanggan. Mereka dah tak boleh bersaing secara sihat. Dan sebab diaorang ni semua MELAYU maka cara terbaik nak bersaing ialah dengan menjatuhkan leaders tu...dengan cara kotor lagi jijik iaitu dengan menyebar fitnah!!! Kenapa aku kata fitnah...ai takkan semua kedai cerita serupa aje, spender la, makhluk bertanduk la beruk la...dan untuk meneguhkan cerita, maka nama2 ustaz pun masuk la...kurang2 ‘ustaz’ tu dah cukup dah....Yang herannya takde pulak ye kedai yang makanan tak sedap, hotel kena camtu.....

6 comments:

Azhar Ahmad said...

kat UTM yang penuh dengan teknologi tinggi nih pun ader citer, incik tentu dah baca cerita di kafe tu kannn

bluecherry @ fai said...

macam pernah dengar jer cite nih..

~inilah saya~ said...

Biasalah bila manusia mula terdesak, sanggup melakukan apa saja demi survival diri sendiri. Mudah-mudahan kita tak termasuk dalam golongan ini.

Anonymous said...

Find your writing style very interesting. If youre interested to write, do email me at wan.hasliza@klmotion.com. Im a scriptwriter and the Company Director of KL Motion Picture Co Currently looking for writers.

Anonymous said...

wah wah Alpha... ada offer jadik write tu... anyway, cite pasal spender dalam nasik tu, fox plak dgr yg Restoren Insaf nyer... sampai laa tak lalu mamam kat situ...

Anonymous said...

utm?cafe mane tu?apsal tak penah dgr pun. byk jugak dpt emel cam citer spender tu. tak tau lah bleh caye ke tak. katanya kat blah2 utara tu ayamnya dibekalkan oleh non-muslim..jabatan agama dh buat siasatan tp takleh sebarkan..mcm2..