Tuesday, April 24, 2007

Papa ni Jahat la!

OK sapa yang tak pernah terdengar lagu Papa Jahat tu? Walaupun aku tak minat irama lompat-lompat (hip-hop…hehe) tapi bila on radio tu selalu la jugak dengar.

Cat Farish mengaku ilham buat lagu ni datang dari klip video blue (mengaku jugak dia ye, tengok cite blue!). Maka bekoyan-koyan la SMS dilambakkan dalam akhbar meminta supaya lagu ni digam sebab lucah! Tertarik dengan isu tu, aku check out la lirik dia…aku tengok takde apa-apa lucah pun, innuendo pun tak ada?! Jadi apasal orang kepoh sangat. Ya, memang idea tercetus dari video blue, tapi lagunya tak blue pun? Aku dengar lebih kepada komplen seseorang pasal bapak dia yang tak endahkan keluarga. Yang dok marah-marah ni mesti setakat baca berita tu aje tapi tak selidik dulu!

Lepas lagu tu dipastikan tak berunsur blue, ramai pulak komplen kata lagu tu ‘merendahkan martabat bapa’ dan nanti ‘anak-anak tak hormat bapa’. Ni apa kes pulak? Aku ingat memang la segelintir orang Malaysia sensitif tak bertempat. Agaknya kalau lagu ‘Ayahku Kahwin Lagi’ dicipta pada masa sekarang bukan 60an dulu, maka berkoyan la orang mengutuk jugak....

Tapi yang herannya takde siapa komplen lagu omputih yang banyak guna perkataan ‘make love’ siap banyak kali siar tanpa rasa bersalah. Ada sesiapa tak tahu apa makna ‘make love’ tu? Make love tu maknanya...opocot! David Beckham score dari centre circle! (Tiru konsep iklan ermm ‘pencuci wanita’ kat radio...hehehe)

5 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Kadang-kadang orang kita tak tau apa-apapun sebenarnya. Orang lain mengomen, kita pun ikut nak mengomen tapi tak tau apa yang dikomen. ha ha ha.

Aku cuma suka dengar lagu itu untuk menghilangkan mengantuk semasa driving jer.. ahaks..

Anonymous said...

mengaku pulak dah ke? sebelum ni asyik deny jer... ntah laaa... i like hip hop music but this one, not my cup of tea... :p

Hasrul Halid said...

memang mudah orang malaysia kita ni nak melatah!

Taktau ke, paling baru ada orang kat Pepsi & Coke ada ekstrak babi. Tapi kalau ada anak-menantu balik dari 'obersi', dan bagi kat depa 'cokelat', terus aja dilahapnya tanpa dipersoalkan halal dan haram!

Macam ^%#%^@^*&#!!!!!

p/s sori bro!

Anonymous said...

papa... papa jangan nakal sangat... papa jahat ...

hmmmmmmmmmm. kenapa yang blue nyer jer yang dikaitkan ?

iklan lain pun ada gak yang sebut PAPA JAHATTTTT... dalam drama pun ada sebut PAPA JAHATTTTT... bila papa dia balik umah dan pukul mama dia ...

tapi yang nampak. klip pendek tu la jugak kan.

habis duit berjuta-juta buat filem. beribu2 buat drama. last2 klip pendek lucah yang dapat nama. hahahaha.

Anonymous said...

I find this song and the issues derived from it super interesting and humourous at the same time. Kudos to the dudes who created the song out of the sheer heat emitted from the inspirational issue.