Tuesday, April 10, 2007

Cakap Tak Serupa Bikin - Versi MP

Itu hari tengok Melodi…dengan suara cas macho dan cas marah Aidil dan reporter berkisah mengenai ‘kebanjiran’ artis seberang (Indon la tu). Kononnya kenapa kita terlalu menatang artis luar sampai artis tempatan susah cari makan. Agaknya dia orang lupa kat Malaysia ada beratus-ratus ribu mat dan minah Indon yang gemarkan artis-artis mereka dan ada market kalau mereka dipromosi disini. OKlah tu hal lain. Tapi pokoknya, kononnya depa tak puas hati la dengan kehadiran artis Indon dan orang ramai seolah-olah dipersalahkan dalam hal ini.

TAPI…drama Indon satu demi satu kat TV3 tu apa cerita? Macamana pulak dengan video clip lagu Indon SELEPAS Melodi? Apa cerita pulak dengan lagu Indon yang dipasang di Hot FM? Dan apa alasan TV3 mempromosi artis Indon dalam rancangan mereka? Dan yang lagi ironi ialah lagu ‘Berdua Lebih Baik’ dijadikan jingle untuk promo rancangan baru di TV3!

Apa kes??

3 comments:

Nazri Razali said...

Pengajaran pahit yang patut diajar ialah masyarakat (dalam hal ini lebih tepat 'pasaran') memilih kualiti, tanpa mengira dari mana dan daripada siapa. Budaya seberang tu pun lebih kurang sama dengan budaya tempatan. Kalau kualiti keluaran tempatan hampas...
...
Mana maruah penggiat tempatan pun kalau keluaran mereka 'dibeli' semata-mata atas pertimbangan 'menyokong industri tempatan'.

Apa agaknya pendirian mereka tentang Proton?

Anonymous said...

Agak2 kenapa kita menghadapi kebanjiran artis Indon? Wanna solve the prob, find the root first... kalau setakat kita bising tak puashati tapi at the same time, media kita still brings in Indonesian artiste, what then???

Anonymous said...

jgn tak tau melodi tu memang bangang tahap gaban... kutuk bagai nak rak tapi without that story... ko ingat dia ader aper2 nak paparkan dalam slot dia ker?? dah la wartawan dia semua tanya soalan bangang kat most of the artist yang kebanyakannyer memang bangang... wah aku ni pandai jer cakap org bangangkan... sori ler.. emo... aku tak suka ngan wartawan dan isik kandung melodi.. tapi aku tgk jgak... so... adakah aku pon bangang???? layannnnnnnnnnn....