The Fast And The Idiots
Itu hari (lama la jugak) aku ke rumah mak sedara aku di Wangsa Maju. Jam menunjukkan pukul 2.45 pagi – walaupun boleh dikatakan KL bandar yang hampir ‘tak tidur’, ada tempat-tempat yang dah agak sunyi, macam Jalan Genting Kelang. Sedang aku meluncur dihadapan Hospital Tawakal, aku perasan dalam rear-view mirror dua pasang lampu bergerak laju. Dalam hati aku, aku berkata ‘Hmmm merempit le tu’. Dalam jangkamasa singkat dua pasang lampu tersebut dikenalpasti milik sebuah Proton Perdana dan sebuah Perodua Myvi yang berdesup memotong aku. Aku membuat remark kat wife aku ‘Dia orang ni orang-orang alim, banyak pahala. Sebab tu depa drive laju macam tu, mati cepat, tak sangkut dosa!’. Dan dua pasang lampu halogen tadi bertukar menjadi dua pasang lampu belakang berwarna merah. Dan aku nampak kedua-dua Vin Diesel celup tadi nak memasuki simpang ke BB Sentul. Yang Perdana lepas, tapi, dalam gaya Vin Diesel (The Fast And The Furious daaa) celup sejati, si Myvi tak dapat pusing stereng dengan baik lantas melambung atas pembahagi jalan, melanggar tiang papan tanda dan seterusnya melanggar sebuah Proton Iswara yang sedang menunggu giliran lampu hijaunya.
‘Malangnya’ aku tak berhenti di situ dan teruskan perjalanan sebab dah awal pagi. Tapi aku rasa pemandu Iswara tersebut tak mengalami kecederaan parah kerana Myvi tadi melanggar bahagian belakang (tapi camne kalau ada penumpang?) Cuma hati aku berkata “Skill tak sama tinggi dengan nafsu nak main street racing, menyusahkan orang lain pulak tu!” dan “Eloknya si Myvi tu hidup…tapi jadi macam Jiman le, biar tanggung azab sampai mampuih!”

2 comments:
Bagus u tak stop bro..dorang ni bukan reti nak hargai nyawa..bajet hebat dan skillful..
untuk orang2 mcm ni, bagi fox, nasik tu dah tak sedap, amal lak dah terlebih dari cukup, tu yg membuatkan mati tu lebih best...
Post a Comment