Tuesday, May 08, 2007

Balik Johor dan Speed Trap

Assalamualaikum semua. Lama tak menulis, mesti korang TAK tercari-cari mana aku pergi…

Sebenarnya dari 25 April sampai 6 Mei itu hari aku tak berada dalam habitat aku. 25 sampai 27 April aku ke Pulau Mutiara sebab ada retreat department aku (nama aje ‘retreat’ tapi kena buat kerja!) Lepas tu aku pulang ke Johor. Sebenarnya aku tak plan nak balik Johor tapi sepupu aku bagitau nenek aku masuk hospital. Mak aku tak bagitau sebab katanya ‘tak ada apa-apa’. Kalau mak aku tak bagitau memang aku tak balik, tapi dah tau takkan tak balik, kan? Doktor kata nenek aku kena lemah jantung…dan aku tengok dia pun dah tak ceria macam sebelum ni. Susah hati jugak aku…Ya Allah, Kau panjangkan umur nenekku dan kembalikanlah kesihatan dia…Amin.

Sepanjang stretch PLUS dari Seremban ke Melaka, dua tiga biji kereta aku tengok jadi kura-kura dalam longkang atau di kawasan pembinaan. Orang dah bagi amaran dah, awak bawak jugak lebih speed limit…bila jumpa bottleneck? Itu la jadinya! Lepas tu salahkan semua orang kecuali diri sendiri!

Dan sebut pasal highway, ni aku teringat urban legend pasal kamera speed trap dengan ‘countermeasures’ dia. Antaranya ialah letak CD atas dashboard atau digantung. Apa-apa hal ianya bertujuan untuk menyilaukan pandangan lensa kamera tu.

Pendapat aku la, semua tu auta aje. Kalau tak salah aku, Kamera speed trap berfungsi sepertimana skrin panduan senjata pesawat pejuang (ala yang selalu keluar kat TV masa US serang Iraq tu). Laser speed trap berfungsi mengukur jarak antara kenderaan dengan peranti laser tadi. Perbezaan jarak dalam masa tertentu akan dikira bagi mendapat kelajuan kenderaan dan jika melebihi had laju, operator kamera hanya perlu menekan butang shutter. Rasa aku kamera speed trap serupa saja saja dengan kamera digital kita. Dan berdasarkan tinggi peralatan tu, sinar laser dipancarkan pada badan kenderaan bukan ruang dalaman jadi tak guna kalau gantung CD! Sekarang ni pulak ada pula dipasarkan penyembur bahan yang boleh ‘tutup’ nombor pendaftaran dari pandangan kamera. Aku tak tau la samada ni fakta atau auta. Tapi rasa aku kalau nak test senang aje… spraykan lepas tu cuba tengok melalui viewfinder kamera digital. Kalau tak nampak, orait la. Tapi kalau masih kelihatan, maknanya anda berjaya ‘menghilangkan’ wang anda!

1 comment:

foxey said...

was wondering pesal laa senyap jer dia nih... :D balik kpg rupanya... :D