Tuesday, March 27, 2007

Zaman Sekolah - Edisi Gigi Dan Makan

Masa aku sekolah rendah, sekolah aku adakan program kesihatan oral/dental untuk budak sekolah. Maka diadakan program menjaga gigi dimana kami diminta membawa berus gigi dan cawan ke sekolah. Misi nanti tunjukkan cara memberus gigi yang betul. Ada sekali aku lupa bawak berus gigi dan akibatnya aku kena pakai berus gigi yang dah kembang dan berbau, ihsan klinik gigi! Nak termuntah aku…kena pulak ‘kosong’ macam tu aje (tak bubuh ubat gigi) Lepas tu kami semua dimestikan ke klinik gigi (kena pulak kat sekolah aku ada klinik gigi…bila nampak misi datang dengan kad hijau, masing-masing mula la menggelisah. Sapa2 yang namanya naik alamat akan dibawa ke klinik dengan iringan gelak-ketawa (sebab terlepas tapi tak sedar giliran dia orang akan datang!) Aku masih terngiang-ngiang lagi bunyi drill gigi...ngilu siot!

Selain tu, masa aku Darjah Satu, ada ‘Program Makanan Tambahan’. Bila fikir balik, aku rasa program ni sesuai untuk sekolah luar bandar, atau untuk sesetengah pelajar aje. Ini semua orang dapat. Tapi apa yang aku ingat, aku cuma makan hari Rabu aje..pasal nasi goreng. Hari lain bubur, nasi putih dengan lauk tak sedap…baik aku makan apa yang mak aku masak! Kantin buat cincai aje, apa taknya, kacang panjang goreng masih ‘rangup’ bila dikunyah! Juga masa aku dah Darjah Lima, muncul program susu pula. Susu kotak UHT dijual dengan harga 30 sen….mana nak dapat sekarang? (sebelumnya susu segar dari Pusat ternakan kat Ayer Hitam) Cuma masa tu terdengar desas-desus susu berulat dan sebagainya. Tapi Alhamdulillah tak terkena kat aku – atau adakah itu semua ‘urban legends’ sahaja?

Tapi
sekarang, adakah lagi program sebegitu? Atau semuanya berkisar exam, 5A, sekolah asrama, 5A, exam.....

4 comments:

Anonymous said...

keskeskes... sejibik mcm masa i sekoalh gak dulu... program gosok gigi, jumap dentist tu... dentist tu plak mmg wicked mcm witch, sampai skang fobia nak p dentist tau... and paling i ske program susu coklat tu... kitaorg salu dapat seminggu terus bekalannya... so, dapat 5 kotak tu, simpan dalam freezer, jadik aiskrim... mmg sedappp...

Hasrul Halid said...

"Tapi sekarang, adakah lagi program sebegitu? Atau semuanya berkisar exam, 5A, sekolah asrama, 5A, exam....."

Hehehehehe... tahu tak per!

Lestat said...

sememangnya kenangan gosok gigi kat sekolah tu ada pada aku jg. Aku lagila..duk tepi longkang dan kena mencangkung..leceh beb..sambil misi tu duk tunjuk pakai gigi besar kat depan kitorang..tapi itu sumaaaa kenangan..susu pun sama..budak sekarang tak dapat macam kita dapat..cayalah..

Nazri Razali said...

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) asalnya pasal ada orang kata pelajar Melayu kat kampung kurang cemerlang sebab kurang zat. Akhir tahun semua orang kena timbang. Kalau berat tak naik payah lah orang kantin tu kena jawab...