Sunday, March 25, 2007

Kenapa Saya Minat Hobi Saya

Macam siot aje tajuk tu…ni sebab aku dah kering la ni…

Ada orang tanya aku “Berapa banyak kau habiskan duit beli model ni?” sambil menjeling ke almari-almari model aku. Aku tak jawab sepenuhnya Cuma kata boleh la tahan sambil ketawa kecil. Sebenarnya bila aku kira balik, memang dah beribu-ribu ringgit aku guna untuk beli model. Itu tak campur cat dengan peralatan sampingan lain. Aku tahu, ada orang yang dengan sinisnya berkata (dalam hati) yang aku ni macam budak-budak yang masih main ‘toys’ lagi. Toys mahal pulak tu. Well, bagi aku (dan juga semua modeler) apa yang aku buat bukan ‘toys’ sebab aku tak bawak main model Zero Fighter dengan Tomcat aku untuk ulangi aksi filem ‘The Final Countdown’ atau sorong model Tiger I aku sambil melanggar segerombolan askar plastik. Tidak, kalau aku buat camtu maka selain nampak kebudak-budakan, aku juga ambil risiko model tu mengalami cedera parah yang tak boleh diperbaiki! Bagi aku memiliki model bermakna memiliki sebahgian daripada sejarah. Aku tak mungkin boleh membeli pesawat F4U Corsair secondhand atau pesawat Sabre TUDM sebenar. Tapi aku mampu memiliki satu replica peralatan tersebut. Tambahan pula aku memang meminati sejarah dan dunia ketenteraan – jadi ini sahaja peluang aku ada untuk memiliki persenjataan canggih! (Hahaha!)

Satu lagi, scale modeling ni boleh juga dikira satu karya seni. Satu-satu model tu bukan hanya dipasang dan dicat mengikut arahan yang diberi. Untuk menzahirkan replika, ianya perlu melaui proses ‘weathering’ dan sebagainya supaya ia menyerupai keadaan sebenar. Pernah tengok kereta kebal yang merelit? Tak? Maka model kereta kebal (sebagai contoh) juga harus kemik di tempat-tempat tertentu, berdanor dengan lumpur, gris, tapak kaki, calar-balar dan 1001 lagi kesan ‘wear and tear’. Dan bukan mudah untuk menghasilkan efek tersebut pada model yang berkali-kali ganda lebih kecil dari sebenar. Skil aku tak seberapa modeler terkemuka (kalau depa skil Da Vinci, aku budak Form 3 yang manjang dapat ‘C’ dalam Lukisan!) tapi aku tetap puas.

Dan sebut pasal puas, kepuasan membina model ini datang dari proses pembinaan – dari membuka kotak hingga model tersebut dipamerkan. Rasa seronok timbul bila melihat sub-assembly mula membentuk rupa model tersebut. Sama la macam kaki pancing, rasa aku kepuasan hobi depa bukan setakat mendaratkan Marlin 20kg sahaja tetapi juga dari usaha berlawan dengan marlin tadi. Aku sentiasa ternanti-nanti rupa ‘karya’ aku setiap kali aku siap satu stage pembinaan. Setiap kali siap satu fasa, aku rasa teruja nak meneruskan fasa selanjutnya.

Dan akhirnya pasal kos. Aku tak nafikan hobi ni agak mahal. Basic tools untuk buat model terdiri dari cutter, file, gunting, pisau, scriber dan pin vise. Tu tak campur gam, cat dengan berus. Rasa aku basic tools ni mau makan dekat RM200. Cat pulak bukan semua model boleh pakai, jadi boleh ada berbotol-botol cat dalam stor aku. Cat pulak kalau brand Tamiya, RM9.90 sebotol. Kalau dah 50 botol berapa ringgit? Aku masih mengekalkan sistem cat pakai berus jadi aku tak perlu keluar RM700 sampai RM1000 untuk beli airbrush dengan compressor (sepatutnya aku kena beli sebab cat pakai berus ni, model nampak hampeh la). Modelnya pulak boleh tahan harga. Yang dari Jepun biasanya paling mahal manakala dari Eropah Timur dengan China paling murah. Kulaiti pun berbeza-beza. Yang Jepun memang A1, yang China, ada brand yang kualitinya A1 ada yang hampeh. Sebab tu aku selalu surf net tengok review jadi aku boleh sedia bajet untuk model mana yang aku nak beli. Apa-apa hal pun aku rasa lebih kurang aje kos hobi ni dengan hobi lain (mungkin lagi murah – dulu aku tengok full set golf dah dekat RM3000 tu tak campur membership lagi)

Satu lagi ‘plus point’ hobi ni ialah…aku tak perlu ke mana-mana bila nak buat. Cukup dengan aku berada dalam rumah sendiri. Wife aku pun tahu aku kat meja dapur (sebab takde hobby room, tengok la bila pindah rumah nanti). Kalau memancing ke golfing ke, sah-sah takde kat rumah – silap-silap si suami boleh melencong pulak! Kalau wife aku nakkan aku (tolong buat kerja rumah la! Ingat apa?) atau anak nak bermanja, aku boleh tinggalkan kejap kerja aku dan kemudian sambung balik. Satu lagi, aku pun boleh libatkan wife aku sekali. Biasanya bantuan dia diperlukan bila aku tak tahu model mana nak dibeli atau dibuat dahulu!

5 comments:

foxey said...

err... ske poohbear, beli barangan yg ada poohbear tu dikira cam budak2 dan membazir jugak ke?

sevven said...

I was attracted to scale modeling as a student in school but decided that it was too expensive, though the amount I spent on military books end up quite the same anyway. LOL.

Hasrul Halid said...

Memang macam 'siootttt' tajuk ni kehkehkeh!

Tapi aku respek sama 'modeller' nih. Aku respek kerana pada satu masa dulu aku cuba berjinak-jinak jugak dengan dunia 'kemodelan' nih, tapi bila mengenangkan aku tak mampu 'bermain dengan masa dan duit', maka disitulah terkubur minat aku.

Kalau nak ader pun sekarang ni, aku hanya suka tengok model-model yang boleh bergerak-gerak di atas stage memperagakan pakaian. hehehehe!

Model gak kan?

Anonymous said...

Kasi link kerja model paling best kau pernah tgk buleh? Nak tengok realistik tahap mana.

Anonymous said...

bang ko kl selalu turun hobby hq yow chuan plaza ke ... aku nie minat gak model tapi xpandai2 pun lagi...tiger tank yang aku cat tu pun xsiap2...tu yang aku selalu collect 1/6 scale tu..