Thursday, March 15, 2007

Sijil Pelajaran Malaysia

Result SPM dah keluar. Di sekolah-sekolah sekitar Malaysia banyak la muka-muka ceria dengan senyuman dari telinga ke telinga. Tak kurang juga yang menangis melolong atau muka seperti ayam berak kapur. Dan dah macam trend pula, top-top student mendapat berbelas-belas A1 sebagai bukti kebijaksanaan mereka. Tahniah dan simpati (sebab diberi harapan palsu) kepada Nadiah Amira Jamil yang dinobatkan mendapat 19A1 tapi rupanya 14 A1 3 A2 dan 1 B3. Bagaimanapun mendapat 14A1 tu dah cukup hebat dah.

Tapi aku rasa exam SPM ni nanti dah macam litar Formula 1 pulak, budak-budak berebut-rebut nakkan seberapa banyak A1 sebab nak pecahkan rekod. Nasib baik juga Kementerian Pelajaran nasihatkan supaya ambil 12 matapelajaran sahaja. Aku rasa mak bapak pun gila-gila suruh anak ambik semaksimum matapelajaran yang boleh sebab selain bangga dapat anak pandai, dapat juga tumpang glamer, kan? (Kalau dapat, katakan 15A, kalau 15E? Hahaha). Itu yang gamaknya orang kata makin pressure jadi pelajar sekarang ni. Tapi dalam duk sibuk kata result SPM bertambah baik, Sevven dalam blog dia kata student dia nak selesaikan linear equation pun tak reti…apa kes?

Tak tahu la samada budak-budak sekarang makin pandai atau SPM makin kacang. 17 tahun dulu (lamanya aku dah tinggalkan sekolah!) tengok member yang dapat 9A1 tu macam dah genius gila dah...kena pulak yang ambil English 1119 menjadikan 10A1 semuanya. Kalau dibandingkan result SPM sekarang, mamat yang dapat 9A1 tu macam average (atau under-average) berbanding result bebudak sekarang. Apatah lagi aku yang Cuma dapat 3 A1, 1 A2, 1 C3, 1 C4 dengan 2 C5. (aku amik 9 subjek, tapi nape sijil SPM aku tulis 8 aje ha? Hehehe) Kalau tu result aku sekarang...alamat kena sound gila2 le! Macam fail exam gamaknya.

Dan sebab nak dapatkan semaksima A1 ni la agaknya ada sepasang anak beranak ni bapaknya 53 tahun, anaknya 13 tahun claim depa berdua dapat 24 A1! (Sekolah top kat Ipoh pulak tu kononnya) Kementerian check rupanya auta aje…agaknya depa pun nak glamer masuk paper jugak. Satu lagi aku tengok, walaupun Kementerian tak umumkan siapa top of the top student, budak-budak yang dapat keputusan teratas tetap di umumkan. Dan dari 9 orang, aku tengok 2 aje lelaki. Apa dah jadi ni? Bukan setakat SPM aje, kat Uni ni aku tengok yang dapat Pingat Emas Canselor dengan Naib Caselor majoritinya pun pompuan jugak!

5 comments:

blackpurple said...

Sistem pendidikan kita dah semakin jauh berorientasikan peperiksaan. Menakutkan. 'Kecemerlangan' dalam peperiksaan bukan kayu pengukur sebenar 'kecemerlangan' pelajar kan..?

Hasrul Halid said...

Yup, 'exam-oriented'. Budak2 (termasuk kita dulu) terpaksa menghafal. Aku rasa baik govt tukar le kepada 'logic-oriented'.
Caramana kita sepatutnya menggunakan apa yang dipelajari. Bukan takat main hafal saja.

Sastri said...
This comment has been removed by the author.
foxey said...

hmm... if i were to have children some day, i won't want them to be pressurised to excel in their academic that they are deprived of the fun they can have in their youths...

Anonymous said...

Kerajaan tak umumkan best student pasal budak cina yg dapat. Sebenarnye Suet Lee IINM dapat 20A1, patut die yg best student. Lagi satu, standard SPM makin rendah pasal nak kasi byk budak melayu dapat belas2 A1.