Thursday, March 08, 2007

Cenderawasih...Burung Di Awan



I – Fakta

Cenderawasih atau bird of paradise (family paradisaedia) adalah sejenis burung yang boleh dijumpai di timur Indonesia terutamanya di Irian Jaya, Papua New Guinea serta timur Australia. Habitat utama burung ini ialah dari kawasan berpaya sehingga kawasan pergunungan dan setakat ini saintis telah mengenalpasti lebih kurang 40 spesis burung cenderawasih. Burung cenderawasih mempunyai ciri fizikal yang lebih kurang sama dengan burung merak iaitu burung jantan mempunyai bulu yang berwarna lebih cerah, panjang dan menarik/cantik (bertujuan untuk memikat burung betina) berbanding burung betina. Selain mempunyai ekor panjang, beberapa spesis burung cenderawasih turut mempunyai bulu ‚aerial’ yang tumbuh dari kepala dan memanjang ke ekor.

Bulu burung cenderawasih yang cantik digunakan oleh masyarakat pribumi New Guinea didalam pakaian dan adat resam mereka serta dijadikan persiahan pada topi oleh masyarakat Eropah. Pemburuan yang tidak terkawal (sehingga awal abad ke-20) serta kemusnahan habitat telah menyebabkan beberapa spesis cenderawasih terancam dan kawalan ke atas aktiviti perburuan dan pengedaran telah dikenakan bagi melindungi haiwan ini.

Itu faktanya....

II – Mitos

Mitos dan kepercayaan karut menyelubungi burung cenderawasih. Mengikut kepercayaan orang Melayu (yang walaupun menganut Islam tapi masih percaya benda khurafat yag boleh membawa kepada syirik)

- BOP (bird of paradise / cenderawasih) mempunyai khasiat perubatan

- BOP mempunyai tuah, memiliki bulunya saja dah cukup untuk membawa tuah kepada pemiliknya. Kononnya boleh menjadi alat pengasih, menambah seri wajah, bertambah kuasa (bagi pemerintah), menjadi kaya raya dan dipandang mulia. Ianya diguna sebagai pelaris untuk perniagaan

- Cenderawasih bukan burung dunia, tapi dari kayangan (WTF?) dan hanya turun ke bumi untuk mati itupun seekor sahaja dalam tempoh tujuh tahun, itu pun di New Guinea sahaja. Ia tak berkaki sebab sentiasa terbang di kayangan

- Bangkai BOP tak reput malah berbau wangi sebab minum embun syurga (sat syurga sat kayangan)

- Kisah kejadian BOP yang merepek meraban bagi aku....

Itulah orang kita, apa yang ditulis dalam ‘kitab’ Tajul Muluk diterima 100% sebagai fakta. Walaupun tak menyeluruh, masih ada orang percayakan mitos yang aku nyatakan di atas tu. Aku gelak terguling-guling (exaggerate aje) bila aku dengar yang BOP berasal dari syurga/kayangan. Tang syurga tu OK lagi, tapi ‘kayangan’ tempat dewa-dewi melepak. Yang bestnya, ada pemilik BOP ni menyangkal fakta bahwa burung ini hanyalah burung dunia nyata yang tinggal di hutan (atau dibela). Alasannya? Sebab kitab lama Melayu kata BOP asal dari kayangan! Ha!

BOP mungkin dianggap tinggal dikayangan/atas awan sebab habitat mereka jauh dipergunungan New Guinea. Gunung kan selalu kena lindung kabus dan awan kan? Satu lagi, tak semua burung jejak kat tanah, bukan setakat BOP aje. Cuba tengok burung layang-layang, pernah nampak dia hinggap atas tanah? Dan memang la BOP mati jejak tanah, takkan dia mati naik ke langit pulak! Dan pasal tak berkaki, ianya disebabkan pemburu dah siap potong kaki burung tu dan saja buat cerita kononnya burung tu tak berkaki. Mat saleh pun termakan cerita tu! OH BTW, kalau BOP turun ke bumi untuk mati dan seekor aje, mana datang gambar kat ats tu? Kayangan ke syurga?

Pasal berbau wangi tu, Wallahu’alam sebab ada juga haiwan yang berbau wangi macam...aiseh aku lupa la tapi spesis musang. Kalau dah dijadikan wangi, wangi la dia walaupun minum air longkang! Takpun dah inject pewangi?

Tapi pasal kepercayaan yang BOP boleh membawa tuah yang paling mengarut dan membahayakan akidah. Apa taknya, ada ke makhluk yang membawa tuah (or for that matter, sial?) Tak ada! Islam sendiri dah menegaskan perkara ni. Antara tempat yang teruk dilanda kepercayaan ni ialah negeri2 utara, terutamanya Kedah. Masa aku baru duduk Kedah, aku heran kenapa banyak kedai, baik Melayu, Cina atau India gantung gambar Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah (memerintah 1882-1943). Sedangkan kebiasannya gambar Sultan yang sedang berada ditakhta (Sultan Abdul Halim). Lepas-lepas tu baru aku tahu, gambar tu kononnya bawa ong/tuah. Sebab apa? Sebab kat songkok Sultan tu ada bulu cenderawasih! Gambar aje pun boleh bawak ong ka?? Samada gambar frontal profile atau full body, banyak digantung di kedai-kedai. Sekarang lagi canggih, gambar B&W asal diprint taruk warna! Aku bersembang dengan sorang ustaz ni. Dia kata nak kontek Harian Metro ke mintak dedahkan perkara ni sebab katanya makin teruk fenomena ni. Kalau setakat non-Muslim suka hati depa la kata ustaz tu. Ini yang Melayu/Islam pun dah ramai join sekaki, apa kes??? Satu lagi, dah kena samak ke BOP tu nak buat ‘ubat’? kalau tak samak, bangkai oii!

5 comments:

Foxey said...

ada satu spesis musang ni mmg berbau wangi... :D

Hasrul Halid said...

Orang tempat aku panggil Musang Pandan! Warna pun lawa (bagi aku laaaa)

Anonymous said...

yup... musang pandan.. bau dia wangi macam pandan... kalu masuk hutan tiba2 bau wangi pandan tu ada ler dia dekat dgn kite

blackpurple said...

Musang berjanggut macamana pulak...?

anakwatan said...

BOP ni ada 2-3 spesies kat Taman Burung kat Tasik Perdana..gi lar tgk kalau tak percaya..elok jer dia idup kat situ..takyah duk kayangan pun..