Tuesday, March 20, 2007

Fashion (Non)Sense Bebudak Melayu

Blackpurple ada tulis entry tak berapa lama dulu mengenai awek Melayu sekarang. Aku takleh la nak tulis prosa camtu…takde bakat! Tapi kat sini aku nak sentuh sikit pasal fashion 'sense' dan ikutan budak-budak Melayu…

Aku mulakan dengan aweks. Macam BP cakap, ramai gadis-gadis Melayu yang menayang pusat, alur punggung dan alur dada. Best? Ya, free aje aku dapat dosa kering! Memang la nafsu aku kata…'bang best bang, nampak longkang bang…pehhhhh!!!' Tapi lurah dan bukit (ehem) tu la yang antara penyebab kes baby dalam tandas dan sebagainya. Mungkin yang terdedah tu tak buat tapi yang bertudung jadi mangsa pasal boyfriend ta tahan tengok yang lain…dia nak lepaskan kat awek dia! Oh, sebut pasal bertudung ni…pakai tudung, tapi lipat belakang, nampak errr bonjolan. Dah la tu, baju short sleeve, ketat, pendek…seluar pun layaknya dibalut kat buah nangka! Amende punya pesen tu?

Satu group lagi…mat punk. Aku kalau ada ilmu silat Tujuh Petala Langit Tahap Ketujuh Juta dengan Kuasa Tendangan Hidro 70,000hp…nak aje aku gelakkan mamat punk depan-depan depa. Kenapa? Sebab punk ni budaya 70an! Mat saleh pun dah berapa kerat aje yang berambut macam puak Mohawk atau rambut kaler macam Paddle Pop pelangi. Sungguh outdated tapi berlagak macam up-to-date. Satu lagi, yang aku pernah jumpa punk kat UK dulu, takde la jenis nak bergaduh ke kasar ke apa..kebanyakannya ‘biasa’ aje. Bukan macam bebudak punk ni yang pantang kena cuit sket nak bertumbuk…Oh, tak semestinya rambut macam landak tu punk ye…tapi gaya2 punk boleh dikenali dengan rambut kaler striking / paddle pop pelangi dengan suka cucuk benda entah apa-apa (paku dan pin antaranya) kat badan atau pakaian

Dan sebut pasal bertumbuk ni…satu lagi grup yang perasan depa ni omputih. Skinheads. Skinheads grup yang berkepala botak samada licin atau tinggal tunggul aje. Gang-gang ni suka pakai jaket dengan jeans dan melaungkan slogan Nazi atau perkauman. Ha ye...kalau ikut aku, aku kumpul aje diaorang ni lepas tu campak kat Nurnburg atau Hamburg kat Jerman...kasi depa berdepan dengan skinhead SEBENAR. Heh...kulit sawo matang nak jadi skinhead. Sampai Jerman mampus depa semua kena bunuh! Mana ada Nazi kulit gelap? Ni semua jenis ingat yang barat tu bagus sangat la!

Dan akhirnya, gothic. Ni satu hal lagi...ingat lawa sangat pakai serba hitam? Dah la sawo matang (takpun terlebih 'matangnya') cukup tak kena dress macam tu. Dah la tu, KL tu panas, siap boleh berkot, berjaket, baju dua-tiga lapis dan bertai lagi! Mekap pulak macam hantu kubur. Aku tak pasti sangat, tapi konsep gothic ni kalau tak salah ada kaitan dengan keagamaan...jangan le korang memandai nak ikut-ikut. Tapi kalau takde kaitan keagamaan pun, toksah pakai la, buruk sungguh! Aku ingat boleh dikategorikan sebagai ‘pencemaran mata’ la. Hmmm kalau tak salah, itu hari masa anugerah Skrin ke hape, si Que Haidar berias macam tu jugak...aku tengok dah macam Toyol Haji Dawam pulak!

3 comments:

foxey said...

hmmm... byk mcm pesen skang ni bro...

Hasrul Halid said...

Bro's,
Pesen-pesen yang digilai remaja kita ni ada asal-usulnya. Ada yang bersusur-galur dari ideologi baik-baik, walaupun kebanyakannya TIDAK.

Tapi bro's, kalu kita tanya budak-budak ni, sejarah (atau ideologi) pesen yang depa dok pakai tu.. mampuih mati hidup balik dan mati serta hidup lagi 365 kali pun depa takleh jawab.

Tobat Lahom, depa ni memang hanya tahu 'mengikut-membontoti' saja. Hatta kiranya 'kepala ikutan' depa tu masuk lubang bewak pun depa akan ikut masuk jugak!

Tepat sekali lidah Muhammad Ibn Abdullah (pbuh)!

afandi said...

Salam,

wah disebut-sebut TOYOL HJ DAWAM, mengimbau kembali KOMIK POPULAR dalam Berita Harian tahun 80an kalau tak silap...Nostalgia