Paranoid kepada Sang Singa?
Sedang aku membaca posting-posting dalam sebuah forum tempatan, aku terbaca satu thread mengenai bantuan yang dihulurkan Palang Merah Singapura ketika banjir baru-baru ini. Ada sorang forumner tu sangsi dengan niat pertolongan Singapura yang offer penggunaan hoverkraf serta anggota Red Cross. Katanya dia tak percaya yang depa tu mai semata-mata nak tolong dan bukan ada agenda tersirat (i.e eyeballing, recce, observation, spying). Tambahnya pula dia sangsi dengan 4WD/ATV yang keluar masuk area Taman Negara Endau-Rompin dan juga sebarang kenderaan Singapura yang melalui laluan ‘Mersing Line’. Kononnya mereka ini bertindak tanam senjata dan peluru dan kononnya sampai level platun dah tahu sector masing-masing sebab dah biasa lalu!
Aku tahu, ramai orang Malaysia jadikan Singapura sebagai boogeyman, bukan dia sorang saja. Dan bukan pula aku kata kita biarkan sahaja, tak ambil endah…tapi kalau dah sampai ‘tak percaya bantuan kemanusiaan’ camni, aku rasa dah parah – dah paranoid! Bagi aku, ada orang kita yang dah macam sesetengah orang Singapore yang paranoid dengan keselamatan Negara mereka. Depa tu dah la sekangkang kera, takde tempat nak lari kalau diserang…ditambah beribu jugak orang Malaysia yang kerja kat sana, dari pak guard sampai la professional – logic la jugak ke’paranoid’an depa. Takde pulak aku terbaca yang orang Singapore sangsi dengan depa yang kerja kat Singapore ni – mana la tau kan, Pak Guard CISCO tu rupanya anggota RGK atau Kor Risik…takde pun aku terbaca hal camni walaupun depa selalu perkecilkan Negara kita. Lagi satu kenapa aku ‘hairan’ orang-orang macam kawan tu jadi paranoid ialah…ni abad ke-21, tak payah nak masuk2 tempat orang menyamar jadi pelancong atau kaki 4WD nak recce tempat musuh macam sebelum Jepun masuk Malaya dulu. Pesawat depa kalau nak ground mapping Johor tu, rasa aku terbang atas Changi dah cukup dah…Kalau ada pun, mesti jenis2 SpecOps macam Spetznaz Soviet yang infiltrate, dan menyamar sebagai rakyat negara musuh (contohnya askar Soviet menyamar jadi rakyat Jerman Barat) untuk tujuan sabotaj…setakat tu aje le rasa aku, takde la wakil-wakil sampai level platun infantry biasa datang nak merecce.
Turut dinyatakan deployment SAF ke Acheh masa tsunami dulu. Katanya SAF buat pendaratan ala ‘amphibious assault’, bawak mobile radar dan sebagainya. Dan SAF nilai kecekapan dan keberkesanan SAF dalam hal ini…last2 Indon halau semua balik. Aku rasa, Indon halau semua tentera barat yang mereka rasa dah terlalu lama berada di Acheh, kena pulak pada awalnya GAM belum letak senjata lagi. Dan pasal SAF buat ‘amphibious assault’, hampir kesemua Negara yang hantar bantuan melalui laut guna cara tu – mendaratkan bekalan dengan lancang pendarat atau hoverkraf sebab fasiliti pelabuhan di Acheh dah musnah! Radar tu pulak kena la ada sebab nak memantau pergerakan pesawat dan kapal, kang tak pasal-pasal berlaga pulak…Dan penilaian SAF pula…rasa aku mana-mana Negara yang hantar bantuan anggota tentera, mesti buat evaluation punya, hatta Malaysia sekalipun.
Jadi, jangan la paranoid sangat dengan PSK (Pulau Sekangkang Kera – ikut ahli Gempur Wira). Be wary but don’t be a paranoid! Kengkadang fikir malu la…ada ka takut dengan pulau kecik tu…macam gajah takutkan tikus pulak!

1 comment:
We call them paranoid, they call us naive.
Personally, I would like to see an economic union of Malaysia and Singapore.
Post a Comment