Thursday, January 18, 2007

Ubat kurus....tak mau lah!

Beberapa hari lepas, ada orang nak jumpa aku. Aku kata jumpa kat office aje le, bukan payah sangat pun. Tapi dia insist nak jumpa kat rumah. Aku pun heran, tapi kata OKlah. Aku ingatkan dia nak jumpa wife aku, sebab dia mention pasal karipap (wife aku jual karipap) mana la tau nak joint venture ke, kasi besar lagi enterprise wife aku. Jadi aku set la kasi dia datang lepas Isyak.

Bila dia datang, ah, cuak dah aku sebab bawak beg dan bawak member. Dalam hati, aku kata ‘Asiey, ni mesti nak jual barang ni.’ Tapi tetamu datang kena la jugak kasi masuk kan? Lepas bersembang kosong, dia keluarkan la katalog dia...ubat diet katanya! Lepas tu dia bukak ceritala yang ubat (food supplement sebenarnya) ni dapat itu , dibuat dari ini blablabla. Aku angguk-angguk aje sebab pada dasarnya, cerita dia sama aje dengan ‘program diet’ lain yang bersepah kat pasaran walaupun dia kata yang ni dapat pengiktirafan Johns Hopkins Hospital, Baltimore US la; 15,000 doktor kat US approve la dan macam-macam lagi sales pitch dia. Lepas tu tunjuk testimony dari pelanggan yang berjaya la…. Kawan tu siap tunjuk cara diet program tu - yang sama aje dengan produk kurus badan yang lain. Kena substitute makan dengan benda alah tu. Heh, kalau camtu baik aku redistribute daily calorie intake aku...serupa jugak (plus kena kurangkan overall intake la)

Aku sebenarnya dah tak percaya dah semua benda-benda tu. Bukan benda tu tak menjadi tapi aku boleh turunkan berat dengan tak payah makan benda-benda camtu. Dah la mahal...aku tengok 3 kotak (minimum purchase) RM900! Tiga kotak tahan untuk 3 minggu aje pulak tu! Botak terus la kepala aku yang sedia botak ni! Aku sebenarnya tempted aje nak cakap dengan dia yang aku boleh capai target yang sama dengan hanya initial extra RM200 dengan monthly extra RM100(mungkin kurang lagi). Macamana? RM200 boleh beli kasut sukan yang OK untuk aku pergi bersenam. RM100 tu pulak untuk beli extra buah dan sayur. Apa yang betul-betul diperlukan ialah disiplin!

Akhirnya, aku tak cakap apa-apa Cuma kata nanti aku cuba sample yang dia bagi. Pastinya, sumpah aku tak nak beli benda alah tu…gila kau, dekat separuh gaji aku! Baik aku beli kasut jogging baru...kasut lama aku pun dah kopak. Beli brand Power udah le...baru RM100! Peluh pun keluar!

Banyak benda aku nak tulis pasal produk kuruskan badan ni...tapi kang panjang sangat entry ni. Sebagai mengakhiri entry ni aku bagi kata-kata doktor dari Burma yang pernah kerja kat sini : “Kalori keluar kena lebih banyak dari kalori masuk, baru boleh turun berat!”

7 comments:

nieys said...

ha.. betul tu.. ubat kurus yang paling mujarab ni disiplin je..

Sastri said...

i pun don't believe in ubat kurus... tak kisah la how u look alpha... what more important is the inside not the outside...

Azhar Ahmad said...

Entri sebelum ni tak terjawab. Saya kureng dalam bab hiburan dan persenjataan. Apapun, ubat kurus tak bagus sebenarnya..

Baiklah bersenam

Ataupun, gemuk yang sihat!

Apapun, jom join JAKUN01, klik kat sini --> http://azharahmad.com/project/

soulfly83 said...

obat nak kasi gemok ader x..??haha..

blackpurple said...

Makan ubat sampai satu tan pun kalau malas exercise tak ada maknanya...perabih duit jer...!

Nasib baik aku baka susah nak gemuk.. ha ha...

blackpurple said...

Makan ubat sampai satu tan pun kalau malas exercise tak ada maknanya...perabih duit jer...!

Nasib baik aku baka susah nak gemuk.. ha ha...

Ari Miraj said...

humang aih, 3 kotak 900?? yg pill kurus apa kebenda namanya tuh, ada jual kat farmasi, takde mahal camtu.