Tuesday, January 30, 2007

Orang Kita Dan Bulan

I
Semua tahu angkasawan US mendarat di bulan pada Julai 1969. Tapi masih ada yang tak dapat menerima hakikat tu. Katanya auta la, pembohongan la, guna teknik Hollywood la – memang tak percaya yang manusia (orang US) dah ke bulan. Tapi yang peliknya…ada antara orang-orang ni percaya pulak yang Neil Armstrong masuk Islam setelah dengar azan…..kat BULAN!!

II
Berkait dengan hal manusia ke bulan… aku nampak dalam satu forum tempatan, orang bagi gambar kalimah ‘Allah’ di langit Bumi. Gambar tu katanya diambil dari ‘satelit’. Maka ramai la manusia yang bertakbir dan sebagainya (bagus la). Tapi, ikut pengamatan aku, gambar tu diambil dari ekor roket Saturn V yang menghala ke…..BULAN. Kalau manusia tak ke bulan…siapa yang ambik gambar tu? Krew studio? Camera trick? Dan kalau katanya gambar-gambar program Apollo tu semuanya penipuan, ada ke krew studio (yang bukan Islam tentunya) yang nak airbrush awan sampai nampak macam kalimah Allah?

Tu yang aku pening tu…golongan ni sat kata manusia tak ke bulan…tapi bila cerita yang berkaitan agama….nampak gayanya depa ni kata orang sampai bulan pulak? Macam mana ni, mana satu yang dipakai? Ke orang yang buat cerita-cerita tu semua mengalami PMS sebab datang bulan?

2 comments:

Foxey said...

err... ada parti politik tu kan pakai lambang bulan... :D

faizul2110 said...

sebab tu la orang melayu kita susah nak maju... apa kata kalau pikiaq macam ni... "oo depa dah naek bulan, tak boleh jadi esok aku kena naek juga, oo depa dah buat kapai terbang, tak boleh jadi esok aku kena buat hat lagi best" tapi tu la orang kita... MELAYU MUDAH LUPA... ^_^

Foxey: hehehehhe tak payah pi bulan pun dah ada kat m/sia ni hikhiihi