Wednesday, January 24, 2007

Satu Tengah Malam Yang Gelap Dan Berangin...

Satu malam detik 12.30 malam...sedang aku meronda di sekitar kolej, aku ternampak dua makhluk sedng terponggok di meja batu kantin yang dah gelap. Setelah diamati dengan baik-baik, lembaga-lembaga tu bukanlah hantu tapi sepasang couple yang syok berbual sampai aku pudepa tak perasan....dan aku pun menghampiri mereka. Berikut transkripsi dari perbualan aku. A (aku), AW (awek), B (balak)

A: Assalamualaikum

B : Waalaikumussalam

A : Student ke?

AW dan B : Ya bang

A : Semester berapa?

AW dan B : Empat.

A : Oh, dah lama la ni dah dua tahun dah....Asal mana?

AW : Kelantan

B : Kedah

A : Ha! Tu negeri-negeri yang kuat Melayu, kuat agama lagi…korang ni mesti alim punya…tapi melepak kat sini malam-malam buta, kenapa?

B : Bual-bual aje bang dah lama tak jumpa

AW : Ha’a…

A : Kolej mana?

AW : Kolej Pembekal Karan Encik..

B : Sama jugak. Saya belah bawah

A : (sambil melihat ke arah kolej yang dimaksudkan) Awak berdua rasa jarak antara atas dengan bawah (Kolej Pembekal karan terbagi dua – blok lelaki bawah bukit, blok pompuan atas bukit) tu ada tak macam jarak dari Alor Setar sampai KL?

AW & B : Tak bang

A : Abis tu apa yang susah sangat sampai nak jumpa waktu lain tak boleh? Rindu sangat ke terpisah sebulan cuti semester. Hah kalau rindu apa guna handset canggih manggih tu?

AW & B : (Diam aje)

A : OK, sekarang ni agak-agak awak berdua la, kalau kat kampong awak, boleh tak berjumpa anak dara orang tengah malam camni?

B : Tak boleh la Encik (encik pulak) sebab tak manis, tak elok…

A : Abis tu kat sini boleh la buat perangai camni? Kat sini boleh? Sebab apa, mak bapak awak tak nampak?

B : Errrr.....

A : Saya dari tadi saya perati awak berdua awak buat dekkk aje ya?

B : Saya nak balik dah Encik...

A : (Dengan nada brutal) Aiseyman, tolong la jangan ulang alasan tu. ‘Saya nak balik’. Saya dah boring la, dah 7 tahun saya kerja kat sini asyik dengan excuse tu. Cuba la kalau saya tanya awak jawab ‘Saya nak lama lagi ni Cik, Cik ni potong stim la kacau saya’…orait jugak, lain dari yang lain! Hmmm OK sudah la sebab awak setakat duduk borak aje tanpa menimbulkan syak saya lepaskan awak. Saya tak nak ambik nombor matrik awak berdua, cukup la saya torture cincai camni. Ikut hati saya saya tahan awak berdua, kena bersembang dengan saya sampai saya mengantuk…dah, balik!

AW dan B : Terima kasih encik…

6 comments:

elhakim said...

Itulah yang dinamakan sebagai
NAFSU remaja moden.

...
yang hanya puas bila sudah 'dapat'.

he...he..he..

elhakim said...

oh ya
ppp itm sect. 17/18 mahupun NCUK sect. 6 pun terdapat benda2 ini.

Anonymous said...

hehx3..ganas jugak ya warden...tapi okayla jugak torture sikit-sikit ni..tapi kalau dia cakap 'abang potong stim, mike lepaskan jugak ke' :)

MMC

Anonymous said...

hehx3..ganas jugak ya warden...tapi okayla jugak torture sikit-sikit ni..tapi kalau dia cakap 'abang potong stim, mike lepaskan jugak ke' :)

MMC

Azhar Ahmad said...

Teringat saya tahun lepas, saya juga jadi pembantu warden (tapi warden selalu tido).

Jalan2, round, dengar sok sek2. Cari punya cari rupanya ada mamat dan minah tgh kongsi baju dalam tong sampah!

"Buat apa nih?"

"Errr.."

"Cakap!" Separuh menjerit pasal nak bangunkan pengetua...

"Ta... tak buat apa bang, eh cik, eh prof!" (siap silap cakap lagi, org dah salah kan...)

"Dah, korang duduk dalam tong sampah besar ni pehal. Busuk plak tu. Ni ha, minah ni, nak sangat ke suami kerja kutip sampah.."

"Errr..."

"Kamu duduk dalam tong sampah tu sampai saya kata keluar"

"Abg janganla buat kami camni, kami nak balik tidor"

"Nak kuar? Ok, abg telefon pengetua dengan pak guard"

"Errr..."

Esoknya, mereka ditangkap dan disoal siasat.

Saya yang membacakan pertuduhan di mahkamah univ.

"PERTUDUHAN KE ATAS A DAN B. SALAH LAKU DAN BERRDUA DUAAAN DI DALAM TONG SAMPAH BESAR SELATAN INDAH"

Satu sidang gelak mengkikik2.

p/s : Enche, maaf, saya tiap2 hari dtg kat sini. Tapi pasal pensenjataan. Tak reti nak masuk korum....

shy said...

iskh....patutnya kene ambik tindakan ni.. kalau tak org lain pulak yg buat.. bila dah ada tindakan baru yg lain tu takut..