Tuesday, January 02, 2007

Harimau Bintang Di Temasek


Bulan 12 tahun lepas menyaksikan pengumuman oleh SAF yang mereka akan membeli sejumlah 66 kereta kebal utama Leopard 2A4 serta 30 kereta kebal simpanan dan alatganti dari Jerman. Ada pemerhati ketenteraan amatur (macam aku, tapi bukan aku) mengatakan pembelian ini adalah sebagai tindakbalas pembelian PT-91M oleh ATM. Walaupun generasi 'awal’ Leopard 2, versi A4 ini boleh ditingkat upaya ke versi A5 atau A6 yang digunakan Bundeswehr Jerman. Pembelian ni pun lain sikit memandangkan Singapura nampaknya selama ini lebih berminat kepada persenjataan dari US, Israel atau buatan sendiri. Mungkin pengiktirafan Leopard 2 sebagai MBT terbaik tak berapa lama dulu mempengaruhi MINDEF Singapura berbuat demikian? Juga kelainan pembelian ini ialah MBT Leopard 2A4 Singapura nanti adalah MBT terpakai dan bukan buatan baru.

Apa yang aku nak tambah kat sini bukan la concern pasal pembelian Leopard 2. Memang le kena beringat-ingat sikit dengan depa ni, tapi takde la sampai tahap paranoid. Apa yang aku nak kata ialah...apa kata ‘expert’ pertahanan depa kat WAFF, SgForums, CARI dan lain-lain forum yang ada board pertahanan. Masa pembelian PT-91M diumumkan dulu, sibuk la ‘expert-expert’ ni mencanangkan bahawa Asia Tenggara bukan la medan penggunaan MBT yang sesuai dimana MBT seperti PT-91M akan ‘tersekat dalam lumpur’ (tapi depa lupa, dah bertahun Vietnam guna T-55, sama dengan Thailand yang dah guna Type 69 dengan siri M60 – takde komplen pun pasal lumpur?). Alih-alih bila tentera depa nak pakai Leopard 2 (yang beratnya 55 tan) semua komen mengenai lumpur tadi hilang! Dan tiba-tiba MBT boleh digunakan di rantau ini! Maka keluar la stats ground pressure (tekanan yang diberikan sesuatu benda ke atas tanah). Memang ground pressure Leo kurang daripada PT-91 baseline (0.88kg/cm2 berbanding 0.94kg/cm2) tapi siapa kata itu takkan menyebabkan Leo tak boleh sangkut kat lumpur?

Apa-apa hal pun, dari yang aku baca kat forum-forum berkenaan, khabarnya senjata anti kereta kebal baru akan dibeli...mungkin Kornet-E dari Rusia?

Leopard 2A4 photo : Polish Ministry Of Defence

8 comments:

sevven said...

Wonder what we'll call our PT-91M...?

Anonymous said...

Kanang, perhaps?

tin said...

hmmm... isu ground pressure yea? biasa la itu kiasuland, semuanya "pakar-pakar belaka". Armchair general la katakan. sekali tersangkut, baru tau. takpe la, kita tengok tinggi mana depa nak lompat :P

Kornet E tu bagus, but not good enough... Untuk harimau bintang ni, kita perlukan sesuatu yg lebih umpphhh... :D

Nashrex said...

aku blum nak into dalam bab2 pertahanan negara ni.. huhu

aku bp duk kat tmn perdana... ko kat bp gak ke?

blackpurple said...

Aku suka gak tengok gambar kereta kebal ni... Suka macam tu jer la....

Nashrex said...

bkt pasir dpn tasik merdeka?? oooohh.. tau2...

foxey said...

hmm... dari semlm terfikir nak komen ke tak... and today decided no comment... keskeskes...

.:HalogamoRa:. said...

teringin nk masuk dlm kereta kebal ni tp nmpk cam stuffy kan. limited space..