VAT69 - The Series
Sejak beberapa minggu lepas Astro Ria menayangkan siri VAT69 – Warisan Darah Perwira. Siri ni sebelumnya pernah ditayangkan di RTM jam 12.30 malam (siapa nak tengok oiii). Di Astro Ria, siarannya paa waktu yang lebih viewer-friendly iaitu jam 10.30 malam (alaa kalau boleh tengok Trek Selebriti, takkan takleh tengok yang ni kotttt). Satu percubaan yang bagus oleh penerbit tempatan yang menyiarkan docu-drama seprti ini. Oh, untuk yang masih blur, VAT69 ialah pasukan khas (komando) PDRM, juga dikenali sebagai Komando 69. Sesetengah pihak berpendapat, perletakan senjata oleh PKM sedikit sebanyak dipengaruhi oleh tindakan unit tersebut ke atas mereka ketika Darurat Kedua (1968-1989). Setakat ni siri ni menonjolkan sejarah penubuhan unit ini, latihan serta satu operasi di Perak sekitar lewat 1960an. Walaupun penerbitnya berani untuk menerbitkan rancangan seperti ini (dan bukannya drama meleleh, drama orang kaya atau terlalu miskin), masih ada ruang untuk diperbaiki…kasi lagi gempak. Antara kelemahan yang menyebabkan siri ni ‘spoil’ sikit:
1. Teknikal – sehingga episode kelima / keenam (setakat ni), pengkisahan masih berada dalam tahun 1960an / awal 1970an. Dari apa yang dibaca, unit-unit keselamatan Negara ketika itu masih menggunakan rifel SLR/L1A1 dan submesingan L2A3 Sterling. Dalam drama ni, anggota VAT69 menggunakan M16!
2. Pemilihan pelakon – setakat yang aku tengok, Cuma Raffi Hussein dengan Datuk Jins Shamsuddin sahaja pelakon professional dalam siri ni. Itu pun jadi instructor dari SAS dengan KPN sahaja. Majoriti pelakon adalah anggota PDRM (kalaupun bukan VAT69 sendiri). Akibatnya, flow lakonan agak ‘keras’ dan kurang menarik.
3. Bahasa – Majoriti anggota PKM berbangsa Cina…dan pastinya bercakap dalam bahasa Cina. Sama dengan petani-petani dan penduduk kampung yang tinggal berhampiran hutan – baik yang menjadi agen Min Yuen, mangsa PKM atau informer kerajaan. Untuk ‘authenticity’ pelakon2 yang memegang watak-watak tersebut berdialog dalam bahasa Cina. Masalahnya takde sarikata dan aku terpaksa teka apa yang diaorang cakapkan!
Setakat ni tu aje la kekurangan yang aku ingat. Tapi pujian harus diberi kepada penerbit sebab menerbitkan VAT69. Harapnya penerbit-penerbit drama lepas ni boleh buat siri ala-ala Band Of Brothers, Combat! atau Nam:Tour Of Duty. Aku tak mau lagi la cerita macam Bawang Besar Daun Bawang, Sembelit, Astana Berangan dan yang sewaktu dengannya. Hmmm mana pergi musim kedua Insurgensi?

No comments:
Post a Comment