Tuesday, January 09, 2007

High 5 Dan Gardenia

Alkisah ceritanya:
"Roti High 5 HARAM dimakan kerana mengandungi / dicampur / diproses dari ragi Babi. Suatu ketika dulu pernah tersebar luas berita / surat layang mengenai lemak babi dalam roti Gardenia. Ketika itu jualan Gardenia jatuh merosot dengan ketara sekali. Sebenarnya berita ini disebarkan oleh orang-orang dalaman High 5 sendiri yang iri hati dengan pencapaian/kejayaan Gardenia. Punca iri hati ini disebabkan empat tokoh utama pengurusan Gardenia adalah orang Melayu yang amat peka dengan sensitiviti umat Islam mengenai pemakanan halal / haram."

Alpha kata: Seingat aku, kes roti High 5 kena tarik sijil Halal ialah kerana pertukaran minyak yang tak tentu status halal dan juga status kebersihan kilang yang tidak menepati piawaian JAKIM – bukan sebab ragi babi. BTW, apa dia ragi babi? Ragi tu kulat, apa kena mengena dengan babi? Ragi dibuat dari babi? Oh pleaseeeee.

Dakwaan ‘Gardenia difitnah sebab irihati High 5’ juga nampak tak begitu munasabah – kalau dah sedia tahu pengurusan Gardenia Islam, kenapa perlu fitnahnya melibatkan babi? Fitnah Gardenia dulu tu tak lebih dari kerja orang yang ‘takde kerja’. Juga pada asalnya Gardenia bukan milik orang Islam (kalau tak salah aku), takde cerita apa-apa pun sebelum ni?

Verdict aku – cerita roti High 5 tak halal (atau lebih dramatik disebut sebagai ‘haram’) memang benar..tapi sebab yang diberi dalam email layang tu salah. No, bodoh really. Kira berapa huruf dalam perkataan ‘ragi babi’? Banyak tu juga la IQ orang yang buat cerita ni. Yang bestnya, dalam email layang ni, boleh kata pulak pasal email layang gardenia tu! Sama-sama la melayang!

2 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Tak tau la mana satu betulmana satu salah. Pernah juga terima emel gambar2 kat kilang High 5 tu.... geli dah nak makan...

Anonymous said...

biasa amik gardenia sbb tak ske sgt rasa High 5... kalo tgk gambar kilang yg dianta through emel tu, mmg geli pun... kotor ya ampunnn....