Thursday, January 11, 2007

Empangan Punya Cerita!

Aku terbaca kat akhbar semalam di ruang surat pembaca. Ada sorang hamba Allah ni berpendapat tak relevan empangan dibina di Malaysia sebab iklim negara kita. Kawan tu juga kata sebab empangan le banjir teruk di Johor dan Kedah (sebab terpaksa dilepaskan air). Tu tak campur dia kata empangan memusnahkan alam sekitar. Dia cadangkan supaya kerajaan ‘tak payah’ buat empangan lagi…sebab nanti empangan jadi punca banjir besar!

Aku tersenyum jugak baca argument dia tu..sebabnya ialah…

1. Kebanyakan empangan ialah multi-function. Empangan Timah Tasoh dengan empangan Pedu berfungsi mengairi kawasan sawah padi. Kalau takde empangan-empangan ni, macamana petani nak tanam padi 2 atau 3 kali setahun? Pendapatan depa lagi la merudum kalau tanam padi harap hujan aje macam dulu-dulu.

2. Seingat aku empangan Bekok dengan Semberong kat Johor memang dibina dengan tjuan utamanya sebagai tebatan banjir. Dan seingat aku, sejak aku habis sekolah tahun 1990 dulu sampai la tahun lepas, boleh kata tiada kejadian banjir di kawasan Yong Peng, Parit Sulong, Seri Medan, Kluang dengan Segamat tiap kali musim hujan. Maknanya empangan-empangan tu ‘perform admirably’ dalam mengurangkan banjir (sampai la baru-baru ni). Sama juga dengan Terengganu dimana kejadian banjir berkurang dengan drastik semenjak empangan Kenyir siap. Cuma bila hujan berlebihan turun (macam itu hari) menyebabkan air empangan terpaksa dilepaskan. Dan hujan macam baru-baru ni pun kira ‘freak’…nak buat came, redha aje le.

3. Kata kawan tu, banjir teruk di Perlis dengan Batu Pahat sebab air dilepaskan dari empangan. Walaupun pelepasan air memang memburukkan keadaan sedikit sebanyak, ianya bukan sebab utama banjir…sebab memang dah banjir sebelum air empangan dilepaskan!

4. Memang pembinaan empangan merosakkan ekologi kawasan yang terbabit. Tapi kalau nak jana letrik, itulah cara penghasilan elektrik terbersih. Dan walaupun ekologi asal musnah, ekologi yang baru pula muncul….pernah tengok ikan-ikan yang tinggal kat empangan? Dan empangan-empangan ni pula menjana pendapatan baru pula seperti sports fishing dan pelancongan.

5. Aku ni bukan civil engineer, tapi rasa aku teknologi nak kekang banjir tu aje le - dengan pembinaan empangan kat hulu atau retention pond dan longkang lebih besar dan sistem perparitan yang tak sesak dengan sampah. Buat semua tu pun, kalau hujan dah banyak sangat, banjir jugak!

Jadi bagi aku, empangan tetap relevan, baik sebagai tebatan banjir, pengairan, janakuasa elektrik, bekalan air dan sebagainya.

1 comment:

nieys said...

Apalah salah empangan tu.. isy.. orang yang marahkan empangan ni tak belajar sains dan geografi ke? barangkali mereka terlupa agaknya..