Sunday, January 14, 2007

Asmara...Sori, Asrama!

Baru-baru ni aku pergi bengkel pengurusan kolej kediaman. Salah sorang pembentang kertas kerja ialah Timbalan Naib Canselor Universiti Ali Setan. Dalam paper dia tu Dato’ TNC tu kata universiti-universiti tempatan kurang beri penekanan terhadap keselesaan pelajar di kolej berbanding dengan Universiti luar Negara. Katanya sebagai contoh, University Wales, Cardiff berbelanja berjuta-juta pound sterling bagi menaiktaraf kemudahan kediaman di kampus mereka.

Ada betul juga kata TNC tu. Macam tu la yang aku tengok kemudahan kat IPTA tempatan...curi kata maxim undang-undang kontrak – ‘sufficient but not adequate’. Bendanya ada tapi tak ‘umphhh’ la senang cakap. Aku cakap betul la, sebelum aku kerja kat sini, aku tak ‘tahu’ keadaan kediaman pelajar IPTA. Masa aku stadi dulu kat PPP/ITM aku duduk flat yang diubah jadi asrama dan keadaan tak sesak sangat sebab satu rumah enam orang aje...lepas tu dah terus ke UK...Ikut pmerhatian aku, camni keadaan antara kolej local dengan oversea, mana yang aku teringat la....

Oversea
1. Satu bilik seorang (lebih privacy)
2. Bilik air/tandas kongsi (kengkadang dengan pompuan!)
3. Dapur fully furnished
4. Kemudahan lab komputer (dengan takde had masa)
5. Laundry
6. Perkhidmatan cuci (makcik cleaner) walaupun dah tua, tapi koridor dengan dapur merelit kata orang Kedah.
7. Kemudahan rekreasi (free dan berbayar, termasuk meja snooker!)
8. Boleh bawa barangan elektrik tanpa banyak sekatan (tu yang ramai kutu ada separate system hi-fi)
9. Bilik TV yang selesa…satu bilik untuk satu channel (ni terrestrial TV, bukan SKY)..tapi aku tengok kat bilik, sebab ada TV sendiri.

Uni tempatan
1. Bilik kongsi dua orang…nasib tak baik, empat orang
2. Bilik air / tandas kongsi
3. Dapur takde, yang ada pantry kosong aje. Kenapa IPTA Malaysia payah na nak kasi student masak sendiri?
4. Lab computer (tapi seingat aku, setiap student diberi masa sejam saja satu sesi)
5. Takde laundry, baju basuh secara manual…Cuma dalam beberapa tahun ni baru ada coin-operated washing machine. Sebelum ni kalau tak manual, kena hantar dobi…itu pun bukan semua kolej ada dobi.
6. Perkhidmatan cuci (nenek cleaner) – masalahnya budak2 komplen, kebersihan tak seperti diharap!
7. Kemudahan rekreasi ada…tapi meja snooker takde la…
8. Banyak cerita kalau nak bawak masuk barang letrik…kena bayar lagi. Rasa aku banyak kolej dah mansuh bayaran ni, tapi sesetengah barang letrik macam toaster masih tak boleh dibawa…aku dengar la.
9. Bilik TV yang selalu jadi rebutan antara peminat AF dengan EPL.

Kalau tengok memang lebih kurang sama aje. Tapi aku kesian le tengok bebudak local U punya penginapan...nampak usang dan daif semacam aje berbanding overseas. Entah la, tapi bagi aku, selain apa yang dikatakan TNC tu, bebudak ni pun satu, tak hargai sangat kemudahan. Dengan dinding bertepek-tepek dengan iklan bas balik kampung, notis mesyuarat, iklan ejen top-up, iklan repair komputer...tambah dengan spender terperap kat bilik air (lupa nak basuh agaknya), kasut bersepah-sepah kat koridor....bau lagi, kena kat blok lelaki! Dalam bilik pulak penuh dengan bekas tampalan poster. Kengkadang aku tengok macam flat Seri Wangi pulak, bukan IPTA.

Tabik aku bagi untuk pelajar local sebab redah aje keadaan kurang selesa tu. Tapi bila dah ada orang besar sendiri cakap hal ni, harapnya dapat la IPTA-IPTA tempatan memperbaiki keadaan. Yang bebudak ni pulak, jangan bila kemudahan dah makin bagus, korang jahanamkan balik atau makin out pelajaran tu....sebab dah selesa!

Ada yang nak kongsi pengalaman masa belajar dulu?

3 comments:

Azhar Ahmad said...

Saya setuju Encik, tapi ada satu yang beza, yuran asrama.... Kat sana, pergkhhhhh tak yah citer la....

Tapi kalau kat UTM ni, saya rasa antara IPT yang bertuah.

Siap ada apartment kondo lagi untuk student dalam UTM!

Harga masih rendah dengan, larangan Heater!

Apapun, saya selesa duduk di blok antarabangsa. Susananya kondusif berbanding blok pelajar biasa...

Mengenai mak cik cleaner, oklahhh, kat sini once student report, berjaga2lah korunk semua untuk diberhentikan.

Anonymous said...

tingat zaman stadi dulu... nostalgia lak... sebilik 2 org... lepas i duk luar, sebilik 4 org dah...

Nazri Razali said...

Kalau kerajaan serius nak Malaysia jadi pilihan pelajar asing, kemudahan asrama di IPTA memang perlu dinaiktaraf. Tapi malu jugak, kita semuanya nak naiktaraf hanya untuk orang asing.
Ada orang kata pelajar kita, kalau diberi kemudahan canggih dan mewah nanti lalai dan merosakkan serba-serbi. Tapi kita sampai sekarang layan pelajar universiti macam budak sekolah, patut la diorang buat perangai budak sekolah.