Monday, September 25, 2006

Marhaban Ya Ramadhan!

Alhamdulillah, sekali lagi aku diberi peluang untuk merasa satu kali lagi Ramadhan, bulan yang penuh berkat dan kemuliaan. Aku tak pandai nak guna kata-kata yang high end....cukuplah sekadar aku mengucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadat di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini!

Juga
selamat kembali iklan dengan latarbelakang hijau dan alunan lagu Raya! Juga rancangan memasak kuih raya walaupun Penyimpan Mohor Besar BELUM lagi mengisytiharkan tarikh puasa! Apa daaa bulan pose lagi besar status event dia sebenarnya!

Bila
pose ni aku teringat

I
Masa aku budak lagi, darjah 5 kot. Hari tu aku tak sihat jadi aku cakap dengan makcik aku aku tak larat nak pose. Dia kata takpe la. Jadi aku nak pau karipap yang makcik aku tengah goreng untuk berbuka. Aku pau la dua biji dan masuk balik nak tengok TV. Tapi kat hall rumah tu bapak aku tanya, puasa ke tak? Aku kata puasa la (appa ra, cakap aje la tak sihat, kan senang). Lepas tu bapak aku tanya balik...tu tepung kat bibir tu apa hal? Ahaks...kantoi....nasib baik dia terima penerangan aku...

II

Member-member sebilik aku yang membawa periuk nasi dan bungkusan-bungkusan rencah nasi goreng Adabi dan bertin-tin kari Yeos dan sardine. Tujuan asalnya ialah nak berbuka beramai-ramai dan tak perlu selalu nak beli. Tapi kalau dah budak lelaki tu….jawabnya puasa yang yok le. Kena pulak depa ada ‘kunci segala kejahatan’ aka pembuka tin. Hoh, seronok setan bertepuk walaupun kena ikat..hehe. Juga ada sekali member aku tu beli ayam goring dari stall pukul 1 tengahari..nak buat buka katanya…iyo la tu jang oiiii. Bagaimanapun aku tak terlibat sebab aku lari ke bilik sebelah bila sesi puasa yang yok bermula.

III

Masa aku kat UK pulak, aku jarang masak lauk berbuka sebab aku berbuka kat surau. Pilihan makanan pulak international…Paki ada, Melayu ada, Indo ada, Arab ada. Cuma kalau makan Arab dgn Asia Selatan punya aku rasa panas..apa taknya, kambing! Juga masa kat UK ni godaan lebih. Nasib baik masa aku kat sana puasa jatuh masa winter – jadi kurang la errr bahagian yang tak patut dilihat tak banyak yang kelihatan! Puasa masa winter pun seronok, walaupun sejuk dan lebih cepat lapar, waktu iftar (bukak pose le) masa tu 4.20 petang, dan waktu Imsak 6.15 pagi. Cuma kengkadang bila aku ada kelas masa tu, kena la aku makan dalam lecture theater...setakat Mars atau Snickers aje le..lecturer pun tak kisah, depa faham.

IV
Masa Tarawih pun aku ada culture shock sikit. Aku ingatkan yang jadi imam tu hafiz, tapi masa aku tengah nak pakai jaket (standard la budak Mesia buat lapan rakaat aje), aku terperasan yang imam tu pegang Quran kecik masa qiam….masa nak ruku’ dia masukkan dalam poket dia!

1 comment:

blackpurple @ jowopinter said...

Selamat menghayati Ramadhan Al Mubarak..

Aku hari sabtu, sehari sebelum puasa dah dapat kad raya..... bukan dari 'org kita'...dari kedai aksesori kereta...!!! Hari raya dah semakin dikomersialkan nampaknya...