Thursday, September 07, 2006

Impian Seorang Nelayan

Burung camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak Laut China Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
Wahai nelayan kau anak laut
Disini tempatmu disini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan ada balasannya

Mega mendung laut pun bergoncang
Nelayan tersentap bingung sesat haluan
Sang mentari terlindung pantai tak kelihatan
Tawakal jalan akhirnya

Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka

Sambil dia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini kau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti

Pengorbanan ayahmu sayang jangan kau lupakan

Satu lagu dari Kembara yang amat menyentuh hati aku. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin kerana arrangement muzik yang sayu serta lirik bertema tragedi. Lagu ni juga merupakan lagu Kembara yang aku paling suka berbanding hits depa yang lain. Suara S.Sahlan amat kena dengan lagu ni…dan dengar rendition oleh M. Nasir sendiri tak kurang hebatnya. Hairannya ramai yang tak tahu lagu ni. Aku sendiri terkeliru dengan tajuknya – ‘Impian Seorang Nelayan’ atau ‘Senandung Anak Laut’? Aku rasa konfiden tajuk dia ‘Impian Seorang Nelayan’…tapi camne masa AF jadi ‘Senandung Anak Laut’?

Dan lagi, masa AF itu hari aku pelik kenapa baris ‘Dalam pondok kecil beratap rumbia’ menjadi ‘meratap rintihan’? Dan kalau tak salah aku berlaku ‘perselisihan bunyi’ bila Faizal sebut ‘meratap rintihan’ manakala A. Ali dan S. Sahlan sebut ‘beratap rumbia’. Sedikit sebanyak mengganggu feeling aku

3 comments:

blue_cherry said...

Mmg tersentuh jiwa jika dengar lagu nih. Terasa ingin melihat kehidupan mereka sebagai nelayan dan menikmati keindahan lautan dan persisiranya.

blackpurple said...

Ya. Tajuk sebetunlya memang 'Impian Seorang Nelayan'. Antara fav aku jugak tu selain 'Kupu-kupu'....

Foxey said...

hmm... tak tau lak nak komen camana... but the lyrics... memang tersentuh...