Wednesday, September 06, 2006

Bila pengkhianat dikata pejuang

31 Ogos itu hari kita menyambut kemerdekaan ke-49. Hari yang sama juga diberitakan Rashid Maidin, salah seorang pemuka Parti Komunis Malaya meninggal dunia. Sebagai seorang Muslim, aku hadiahkan Al-Fatihah kepada beliau semoga Allah mengampuni dosa-dosanya. Dan aku tengok ada sesetengah orang mennangisi secara virtual pemergian seorang ‘wira’. PKM mengatakan yang mereka berjuang menentang penjajah, mereka bukannya pengganas tapi ‘pejuang kemerdekaan’. Itu kata mereka, tapi kalau nak menentang penjajah dan bukan pengganas, kenapa atuk wife aku direbus sedangkan dia anggota TSN yang berkhidmat dengan Sultan, bukan penjajah?

PKM kini sedang berusaha membuat pemutihan imej mereka sebagai ‘pejuang kemerdekaan’. Nampak gayanya ada antara rakyat Malaysia dah mula termakan dakyah mereka. Mereka mengatakan fikiran kita telah diracun penjajah dan melabel ‘pejuang’ tersebut sebagai ‘pengganas’ lita percaya bulat2 apa yang ditulis dalam buku. Realiti perjuangan PKM ialah kemerdekaan Malaya…itu kata sympathizer PKM.
Aku nak tanya, kalau PKM berjuang untuk kemerdekaan, kenapa mereka perlu berjuang selepas 31 Ogos 1957? Ada orang PKM kata mereka tak percaya – itu semua trick British…OK. Tapi kenapa selepas 32 tahun merdeka baru mereka terfikir nak letak senjata? PKM bukan hanya nak merdeka…mereka nak tubuhkan Republik Rakyat Malaya atau Republik Demokratik Malaya atau apa-apa nama negara yang berteraskan fahaman komunisme. Peduli hapa kalau dah merdeka!

Ramai nasionalis Melayu berhaluan kiri, tapi ramai juga tak masuk PKM. Aku berlembut sikit hal ni, bagi aku Melayu dalam PKM adalah mereka yang tak bersabar atau terkeliru. Darah muda mereka berkobar2 menerima retorik PKM…dan bila dah terjebak, sukar untuk mereka menarik diri. Ramai juga orang Malaysia sekarang yang menyanjung mereka sebab ‘perjuangan’ yang mereka ikuti. Tapi satu soalan aku nak tanya lagi, adakah Rashid Maidin, Abdullah CD, Samsiah Fakeh, Musa Ahmad dan lain-lain komunis Bumiputra akan mendapat tempat dalam Politburo PKM jika mereka berjaya? Aku sangsi teramat. Aku rasa kalau PKM berjaya, mereka-mereka ini akan menerima nasib yang sama seperti Leon Trotsky, Lev Kamenev, Grigoriy Zinoviev, Mikhail Tukachevsky dan juga mereka yang menjadi ‘class enemy’ semasa Cultural Revolution dan ramai lagi….dan kita semua terpaksa mengamalkan Islam secara sembunyi-sembunyi atau mungkin menjadi atheist semuanya kerana perjuangan kemerdekaan ala PKM.

Nampaknya PKM berjaya sedikit sebanyak dalam mengatakan yang perjuangan mereka hanyalah sebelum 1957 sahaja (dan dengan itu menjadikan mereka ‘pejuang kemerdekaan’) serta memadamkan tindakan insurgensi mereka sehingga 1989 dari hard disk otak sesetengah daripada kita.

5 comments:

Foxey said...

I think dorang sepatutnya mendalami sejarah dulu... Kaji balik dan fahami apa objektif PKM sebenarnya...

JBM8141 said...

HMM setuju sangat. sbg anak muar, aku tak boleh lupakan Bukit Kepong. Malaysian 'Fort of Alamo'. kalau PKM berkuasa, jangan harap Islam apatah lagi melayu nak berkuasa.

esis said...

emmmmmmm.........??

blackpurple said...

Susah nak komen. Antara mereka dengan Tuhan...

nik fakhrul said...

Pejuang otak pe..bukit kepong yg bunuh semue tu islam..bunuh n bakar wanita bdk2..tu kan bodoh n pengecut