Monday, February 12, 2007

Sesuaikah?

Sesuaikah kalau seorang lelaki berumur dalam lingkungan 30an melompat-lompat menjerit keriangan sambil memegang poster besar penyanyi pujaannya yang lebih muda darinya? Atau sesuaikah seorang ibu juga berusia 30an melambung-lambung anaknya dalam meraikan kejayaan artis pujaannya, sedangkan mereka duduk di kerusi bertangga? Dan mereka pula hanyalah dua daripada berpuluh-puluh penyokong yang nampaknya dah berusia, dalam auditorium yang turut sama menjerit-jerit (tak campur yang tengok TV) Sesuaikah juga seorang artis dipanggil untuk majlis kesenian Islam sedangkan dah keluar gambarnya sedang pau tanaman orang serta tergedik-gedik berdansa? Sesuaikah? Tapi itulah yang dipuja-puja dan dipertahankan sehabis-habisnya!

Aku pun dalam usia 30an ini masih menonton konsert rock otai kalau ada kesempatan tapi aku dah tak headbang lagi sebab aku sedar umur aku...dah tak sesuai perangai macam remaja!

Hmmm jangan sampai macam wife aku kata – "Jadi Zaiton Sameon baru tahu, kejar glamer sangat. Tengok apa dah jadi?" Oh pasal akak ke makcik yang lambung anak dia tu...kaalau ditakdirkan anak tu jatuh terhempas ke bawah...ada ke penyanyi pujaan dia nak bagi saguhati? Mungkin ya, tapi tak malu ke kalau orang tanya camne anak kau boleh meninggal? Sanggup ke dia jawab "saya terlepas masa lambung dia sebab seronok sangat penyanyi sanjungan saya artis paling popular..."

3 comments:

foxey said...

sungguh tak sesuai...

MiLd said...

It's OK as long as they are happy... :D

blackpurple said...

Kalau dah berumur tu buat lah cara dah berumnur, jangan sampai dikata tua terkutuk pulak.. heh...

Telinga aku sakit lagi dengor si Rosnah tu kata '....Siti Khadijah ...tua nak mam**s...! " Astaghfirullah...