Thursday, June 28, 2007

You Are Too Good To Be True....

Baru-baru ni aku ada terbaca surat tunjuk sebab student aku (pasal apa, takyah cerita la ye). Yang buat aku tertarik ialah bapak budak tu buat cover letter untuk anak dia! (apa yang aku tahu, dia ni anak tunggal so macam dimanjakan sikit parents dia) Yang tarik perhatian aku, cover letter tu la. Bapak dia ni supposedly a professional, tapi suratnya macam budak-budak! Kenapa aku cakap macam tu? Pernah tengok formal letter punya letterhead, even yang personalised, yang letak gambar?

Itu satu hal…satu hal lagi. Sekali pandang nampak hebat, dua kali pandang macam ‘too good to be true’. Sebabnya…’gentleman’ tu bubuh credentials dia sekali termasuk la Masters dari Oxford (ooohhhh!!!) dan Doctorate dari Harvard (ahhhhh!!!!). Bukan aku iri hati…tapi nampak macam ada yang tak kena aje….

Dan last sekali, credentials yang paling hebat…T. Ananda Krishnan pun takleh lawan..dia claim dia CEO dan Presiden sebuah syarikat di US! Tapi kat bawah tu, tulis pulak ‘Malaysian Chapter’…rasa aku yang guna chapter-chapter ni setakat persatuan aje bukan syarikat….apa kes?

Tak tau la kalau dia nak impress kitaorang supaya tak ambil tindakan kat anak dia….

4 comments:

Anonymous said...

LOL... adeh...

psst... hallu Al... how r u?

Anonymous said...

kekadng smakin pandai seseorang tu smakin mundur atau bengap plak org tu

mumuchi said...

er..ko confirm itu bapak budak surat tu tulis ke budak tu yang tulis...aku suspek budak tu yang tulis tu :>)

JBM8141 said...

haha aku pernah jumpa kad jemputan kahwin yang sebut pasal kelulusan sekali, aduhai...