Tuesday, June 19, 2007

Bila Belajar Tanpa Guru....

Semua tahu kes Lina Joy dan ramai tahu pasal dakwaan Mufti perak yang beribu-ribu orang Islam di Malaysia dah murtad. Ada yang murtad sebab nak bebas (konon) ada yang murtad sebab ikut teman (lelaki atau pompuan) dan ada yang murtad sebab kajian dia ke atas agama lain…

Dalam satu forum tempatan, aku ada terjumpa golongan terakhir tu. Terkejut jugak aku bila dia keluarkan ayat-ayat macam ni…

"...itu apa yg Islam ajar n org Islam, nak x nak kena percaya tanpa apa2 bantahan. Bosannya hidup camtu...."

"Bagi saya cerita tentang Iblis menentang tuhan hanya kerana disuruh menyebahkan hormat kepada adam punca kenapa manusia ada yg berpaling dari jalan kebenaran hanya sebuah cerita mengarut. What a nonsense...x kan lah sampai dah beribu-ribu tahun masih x ada kesedaran diri dalam kapla hotak Iblis tu apa yg dia buat tu akan menyebabkan dia masuk ke neraka selamanya? Nonsense!"

"bagi saya citer tentang proses kewujudan adam dan hawa adalah mengarut. Kenapalah kita sibuk sangat ngan syurga neraka? Kewujudan kita di Bumi x lebih hanyalah kerana Overself = kewujudan sebenar kita menimba pengalaman sebagai memudahkannya naik ke plane of existence yg lebih tinggi...."

"Apa yg saya faham tentang syurga n neraka.....Syurga = Sogokan/rasuah kepada manusia supaya taat kepada Nya
Neraka = saya x faham kenapalah tuhan sampaikan rela menggunakan ugutan dimasukkan ke dalam neraka hanya kerana nak makhluk Nya menyembah Nya?Kenapalah tuhan x ciptakan saje malaikat ataupun manusia yg tiada nafsu n hasutan Iblis, pasti mereka x berpaling dari jalan tuhan..."

Islam tak melarang kita mengkaji agama lain. Tapi kajian itu sepatutnya meningkatkan lagi keimanan…bukan membuat seseorang itu menyimpang. Ini la yang dikatakan ‘Bila menuntut ilmu tanpa berguru…gurunya Iblis’. Wallahu’alam.

6 comments:

Nashrex said...

ble menntut ilmu tanpa guru.. mmg gini jadinya.. btul2..

blackpurple said...

Nauzubillah.... Ideologi macam itu pun ada.

Alhamdulillah kita lahir di Johor, dapat pendidikan agama secara formal.

Hasrul Halid said...

bro, tolong email kan pada aku link forum tu.. nak pergi 'melawat' laaa!

Hehehehehe!

Hasrul Halid said...
This comment has been removed by the author.
mudin001 said...

Nauzubillah...

Minta jauh dari diri, keluarga dan seluruh muslimin dan muslimat.
Amin!

Pa'chik said...

bro, rasanya kalau yang jenih ni, bukan belajar tanpa guru..

tak belajar langsung

nak kata berguru ngan iblis/setan, tak mungkin kot, pasalnya dia tanya kenapa setan/iblis tak sedar-sedar lagi apa yang dia buat tu menyebabkan dia masuk neraka selamanya...