Tuesday, May 15, 2007

Hari Terbuka KTU (Bah. I)

Sepatutnya aku buat entry ni bulan lepas tapi benda lain pulak yang masuk...heheh. 14 April lepas Kolej Tentera Udara buat Hari Terbuka (mungkin sebab nak pulihkan balik imej lepas kes buli kot?) Apa-apa hal memang takde promosi sangat le, aku tahu pun sebab lalu depan KTU nampak banner.

Pameran ada dua segmen, outdoor dengan indoor. Outdoor tu pesawat aje manakala indoor pameran kerjaya dan peralatan kecil (termasuk souvenir). Dalam masa yang sama ada dibuat persembahan termasuk poco-poco bersenjata. Pesawat tempur yang takde cuma MiG-29 dengan Hawk 208.

Pemandangan sekitar outdoor display






F/A-18D Hornet 18 Skuadron TUDM. Tumpuan utama pengunjung (kecuali budak-budak sebab kokpit dia tak accessible). Kedudukan sayap yang tinggi membantu menjadi tempat berteduh! Sempat jugak bersembang dengan flight crew pasal hal-hal Sukhoi dan F/A-18 ni...


Misil AGM-84D Harpoon dengan AIM-7E Sparrow. Tapi dummy aje le.





Aermacchi MB 339AM. Antara pesawat yang popular sebab rendah, senang nak menjenguk dalam kokpit dan nak masuk. Aku terperasan yang aku ada model pesawat yang ini (No. siri M34-12)




Satu lagi pesawat yang popular, Hawk Mk108. Senang nak jenguk kokpit sebab dipasang tangga.



Aerospatiale Alouette III - pameran yang paling popular! Masa aku sampai penuh sesak dalam cabin tu dengan budak2 PLKN!

Nanti sambung lagi!

4 comments:

foxey said...

menarik... ada jemputan dari MINDEF utk ke Russia for sukhoi tu tapi sbb kena naik charlie, adeh... mana laa belakang makcik ni larat nak tahan... terpaksa dilepaskan peluang ke sana... minggu depan ni depa pergi dengarnya... takpela, takde rezeki...

blackpurple said...

Pameran sebegitu memang kena sangat la dengan jiwa dan hobi kau... :)

lekiu said...

Did you ask samada RMAF has in its inventory R-77/AA-12 ?

Rumour has it we have BVR sebab tu Singapore requeted US Congress approval sometime back in early 2000 for about 200-300 AIM-120.

In any event, I can't wait to see SU-30MKM terbang kat Malaysia.

lekiu said...

Btw, on close inspection of your pic. The marking on the CATM shows that it is actually a Sparrow 7F instead of 7E. I maybe wrong, but if what you describe is true, it is indeed sad that the Hornet is flying a 1960s version of Sparrow flown typically by F4s during the Vietnam War.