Monday, May 28, 2007

Glory, Glory Man United!

Aku supporter Manchester United FC. Takde sangsi lagi sejak 1980an walaupun orang lain support Liverpool. Mungkin aku minat aksi Bryan Robson kot? Dan sebagai peminat Man U, patutnya aku sokong kan kehadiran ManU bulan Julai nanti kan? TAK! Kenapa? Satu bagi aku manusia dipegang pada janji. Bila FAM dah janji patuhi peraturan dan syarat penganjuran Piala Asia, dia kena la ikut sayarat tu. Ini dah janji lepas tu suka-suka aje nak langgar. Dua, ManU sendiri hormati pegangan AFC dan takkan ke KL selagi tak dapat restu AFC. Tiga, Apa kena-mengena kehadiran ManU dengan Jubli Emas Kemerdekaan? Nak raikan merdeka dengan dengan jemput team negara penjajah? Lebih ramai pelancong? Stadium Bulit Jalil setakat muat 100,000 orang dan aku percaya 95% yang hadir adalah orang tempatan; setakat dalam 5% aje peminat ManU dari Asia Tenggara...ramai sangat ke 5,000 orang tu...dan ramai sangat ke pelancong nak tengok Kelab No1 dunia (sila argue dengan aku kalau hangpa tak setuju) berlawan dengan team negara yang ranking....nombor berapa ah?

Atau kalau nak jugak Man U datang tapi tak buat friendly game, buat la klinik bolasepak ke, sesi bejumpa peminat aje ke...

Tapi aku gelak ada sorang mamat ni kata tak patut la AFC buat camtu sebab Malaysia dah benarkan HQ AFC kat Malaysia....dan mintak AFC kautim dalam hal ni...(Gamaknya orang Malaysia ni kalau peraturan takleh benarkan sesuatu mesti nak kautim. Tak semestinya libatkan rasuah tapi aku rimas le budaya mintak guna budi-bicara ni. Buat cerita sedih la itu la ini la...)

Sekarang sedikit sarcasm. Biar aje ManU datang. Lepas tu FAM kena tindakan disiplin. Lepas tu silap2 kena gantung keahlian dan ranking silap-silap terus jadi corot. Tak payah nak tunggu FIFA keluarkan ranking dan tunggu lama-lama sampai jadi corot...Lepas tu board FAM kena resign, tukar orang baru dan naikkan semula bola Malaysia....

Akhir sekali...Apasal tak buat aje Pestabola Merdeka?

7 comments:

mumuchi said...

Nak buat Pestabola Merdeka macam dulu-dulu ada ke team ranking nak main. Ala cakap aja kat penaung Myteam, kalau nak jugak tengok ManU main kat Malaysia, sponsor aja special game ManU lawan Myteam, ala warchest election tu boleh guna. You need money to make money what :)

mumuchi said...
This comment has been removed by the author.
Hasrul Halid said...

Bro, my ONLY answer is TOO MUCH POLITICS!

Itu saja..!

blackpurple said...

Ha ha ha.

Aku memandang dari segi lain. Kata dah merdeka, kenapa masih perlu mengharapkan 'orang luar' untuk meraikan kemerdekaan kita? 'Orang luar' yang dipanggil itu pulak bekas penjajah kan?

Tak kiralah siapa pun yang datang, MU ke, Liverpool, ke Blackburn ke [pasukan fav aku tu ha ha]....

Satu lagi bagaimana kita nak orang menghormati 'peraturan dan undang2' negara kita, kalau kita memandang sinis 'peraturan' organisasi lain?

JBM8141 said...

aku penyokong MU gak, tapi pada aku isu besarnya ialah pengurusan sukan kat negara kita ni CACA MARBA...

nieys said...

akhirnya tak jadi jugak diorang datang.

Alpha said...

Yang bestnya, Man U sendiri tak nak datang kalau tak dapat sanction AFC....tapi kita yang terhegeh-hegeh nak...