Tuesday, May 22, 2007

Jangan Main SMS

Benda ni terjadi dah dekat sebulan jugak. Aku terbitkan untuk makluman dan juga periingatan.

Masa tu student kat sini tengah exam. Satu hari wife aku mintak ada nenek yang selalu urut Nabila datang rumah. Lepas mengurut, dia bercerita pasal satu kemalangan jalanraya dalam kampus semalamnya. Kata nenek tu dia tengah bawak motor nak balik ke rumah. Kat depan dia ada satu motor yang ditunggang dua student perempuan. Apa yang nenek tu nampak, yang menunggang sedang sakan berSMS. Sedang berSMS, motor yang dpandu makin ke tengah jalan hingga akhirnya menggesel pembahagi. Terkejut dengan penggeselan tu, tindakan refleks si penunggang ialah membuka throttle motor lebih besar menyebabkan kelajuan bertambah tetapi dengan kawalan yang kurang (sebab tangan satu lagi pegang handset). Akibatnya motor diaterbabas ke tepi jalan, melanggar bahu jalan menyebabkan kedua-duanya tercampak dari motor. Yang pemboncengnya tergolek ke atas bahu jalan manakala si penunggang menghentam pokok, face-on. Impak perlanggaran menyebabkan dua batang gigi mangsa terlekat di batang pokok.

Nenek tadi cepat-cepat memberhentikan motor dia dan pergi melihat si penunggang. Tapi dari pengamatan orang yang dah lama makan garam, hayat si penunggang dan nak sampai penghujungnya. Lalu nenek tadi menegakkan badan mangsa sambil mengajar Kalimah Syahadah sehingga mangsa meninggal di pangkuan nenek tadi. Tragisnya kemalangan itu ialah, mangsa dan rakannya dalam perjalanan nak menempah tiket bas balik kampung. Lebih menyedihkan, motor tu bukan miliknya tapi milik boyfriend rakan yang lain; dan mangsa tak mempunyai lesen memandu...

Innalillahi wa inna ilaihi roji’un. Memang selalu aku nampak penunggang motor main SMS sambil memandu. Tak boleh ke berhenti sekejap? Kalau setakat baca SMS tu OK la jugak, ni siap balas balik!

6 comments:

Sikenit Comel-AminBakish said...

betul...saya pun pernah nampak kejadian yang sama. cumanya tak berlaku apa-apa... tapi yelah bawa kejap ke tepi kejap ke tengah... buat kita yang di belakang hangat aja... nak potong tak berani... nak ikut belakang, lembap.

sevven said...

kemalangan yang bukan kemalangan

hasrul halid said...

Aku takmau cakap apa pasai minah tu dah 'pindah alam', tapi kalau dia hidup lagi... mau berkandaq sumpah seranah..

Harapnya menjadi pengajaran pada kita semua!

angel said...
This comment has been removed by the author.
angel said...

selalu gak dok wat perangai camtu.. uhuh. insaf...

JBM8141 said...

Siapa la yang hantar sms kat arwah masa tu ek? sure tobat tak sms lagi dah... errr, entah2 ajoke celcom kot???