Virus Spreading...
OK, baru-baru ni satu virus baru ditemui di Melaka. Pakar yang jumpa virus tu beri nama virus tu 'Melaka'. Ini sempena konvensyen penamaan mikro-organisma yang biasanya menamakan virus 'baru' mengikut tempat ia ditemui. Contohnya, walaupun virus Marburg berasal dari Afrika, ia dinamakan 'Marburg' sempena nama bandar di Jerman di mana virus ini ditemui (yang menyebabkan 7 kematian dari 25 yang dijangkiti). Jadi dalam kalangan komuniti saintifik, tak hairan la kalau virus baru tu dinamakan 'Melaka'.
Tapi nampaknya marah sangat KM Melaka malam tadi pasal nama 'Melaka' dikaitkan dengan penyakit...katanya Melaka tempat benda baik-baik, bukan tempat penyakit! (lebih kurang macam tu la) dan mintak supaya ditarik balik nama tu. Heh...asal bukan benda elok, semua tak nak dikaitkan ye.....dan juga gamaknya sebab yang bagi nama tu pakar tempatan, kalau pakar dari CDC, mungkin dibiarkan yek? Almaklum la orang luar.....
1 comment:
biasalah..not in my backyard syndrome :>)
Post a Comment