Tuesday, July 10, 2007

Buang aje le!!!!

MEMO
Daripada : Alpha
Kepada : Pemegang lesen memandu Malaysia
Tarikh : 10 Julai 2007
Perkara : Lampu signal


D
engan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

D
ukacita dimaklumkan bahawa saya mendapati anda antara tuan/puan yang tidak menyalakan lampu isyarat/signal/lip-lap ketika hendak masuk simpang atau keluar dari jalan. Tindakan tuan amat menensenkan saya yang menunggu nak keluar simpang atau mengekori kereta mewah (juga uzur mana berkenaan) tuan/puan. Saya fikir tuan akan meneruskan perjalanan atau sekadar mengusha awek yang balik dari opis sedangkan tuan sebenarnya hendak masuk simpang atau hendak mengambil awek yang sebenarnya isteri tuan. Jadi saya telah menghabiskan masa di mana sepatutnya saya boleh keluar simpang tanpa takut menyodok kereta tuan atau disodok kenderaan lain.


D
ah banyak kali saya mendapati ini berlaku dan saya dengan ini mencadangkan supaya tuan berjumpa dengan mekanik tuan untuk menanggalkan terus lampu signal tersebut kerana tidak diperlukan lagi. Ruang yang dikosongkan lampu signal tadi boleh tuan/puan gunakan untuk tambah aksesori lain.


S
ekian, terima kasih.


p
.s. Saya ada memo lagi tau!

No comments: