Tuesday, July 17, 2007

Harimau (takde taring) Malaysia - Satu Pandangan Ringkas

Tengku Abdullah dan Datuk Ibrahim Saad dah resign…elok la tu. Selain pengurusan peringkat tertinggi, coaching staff, player dengan development staff pun kena sama tanggung! Yang main 11 orang tu…kalau dah main tahap ‘budak sekolah’ takkan salah pengurusan 100% kan?

Satu lagi, ni pandangan peribadi aku yang setakat tau beli tiket game aje la…buang semua pemain import…nak import pun setakat dari Singapore atau Brunei. Mana Negara yang liga tempatan dia ramai ‘Awang Import’ atau kat Uk kata ‘Johnny Foreigner’, team kebangsaan dia mesti hampeh (ikut standard ke’hampeh’an masing-masing – hampeh England tak sama dengan hampeh Malaysia). Tak caya?

England – star player EPL siapa? Drogba (Ivory Coast) Henry (France) Ronaldo (Portugal)…top coach siapa? Ferguson (Scotland), Wenger (France), Mourinho (Portugal)…So team kebangsaan England? Kena kutuk manjang kat World Cup atau Euro Championship (tapi dapat la juga depa masuk World Cup…)

Spain – sama macam England, star kat Spain semua orang luar…Galacticos Real madrid pun ramai dari luar macam Roberto Carlos, Zidane, Beckham dan van Nistelrooy.

Dan bila bergantung pada orang luar maka bakat tempatan terpendam, tak dapat diketengahkan yang akhirnya hilang camtu...

Satu lagi, Claude Le Roy pernah jadi coach Malaysia – Malaysia entah ke mana. Orang yang sama jadi coach Cameroon, Cameroon masuk World Cup...

Banyak lagi hipotesis pasal kehampehan team malaysia la ni...aku nak tambah satu lagi walaupun tak relevan (merepek pulak tu) – keeper. Wei, mana ada keeper rambut panjang mengurai sekarang ni? Rene Higuita boleh le....

II

Kita memandang masa lampau dengan kacamata bertinta ros (aku alihbahasa dari English). Jadi seolah2 macam yang lalu dulu tu utopia. Dalam kes bola ni, memang tak dinafikan team Malaysia dari Merdeka sehingga pertengahan 80an memang hebat. Ada yang kata kita dok kalahkan team-team lain ‘macam kacang’. Tapi kalau ditengok betul-betul rekod takde la sehebat tu; kita masih dibawah team-team dari Asia Barat dan seingat aku, arwah Mokhtar and the gang pun tak dapat nak lepas qualifying World Cup sebab kalah dengan team dari sana. Having said that, walaupun kalah, kita kalah bermaruah goal difference biasanya jarang lebih dari dua...rentak permainan pun menarik. Pendek kata boleh la kita kata ‘dah nasib’. Dan kalaupun kita tak jadi Raja Asia secara total, sekurang-kurangnya kita Raja Asia Timur. Perlawanan dengan Korea merupakan perlawanan yang selalu dinanti-nanti sebab ia menjanjikan aksi, pertembungan dua gergasi...tak campur sebab yang Korea Selatan juga ‘pretender to the throne’. Kita ada juga kalah dengan Korea, bukan takde....
Dan bukan le Korea ‘takut’ dengan kita tapi depa rasa depa ada lawan yang gagah yangpatut disaingi.

Tapi, akhirnya Korea dah ke World cup, Jepun dah ke sana...player depa pun dah jadi star kat Itali dengan Scotland. Kita? Harap jadi tuan rumah aje le...tuan rumah pun kalau dok kena belasah pun buat apa? Star main kat Eropah? Satu masa dulu ada pemain macam Zainal Abidin Hassan ditawarkan trial oleh Bayern Munich? Sekarang? Aberytswyth Town FC pun tak pandang....

1 comment:

anakwatan said...

Orang kata.."adatlah bola..kalau tak menang..sure kalah" tapi kalah biarlah bermaruah..bukan kalah kena belasah. Agak2nya tu lah hikmahnyer MU tak dpt dtg wat friendly match.. ish2..kalau jadiklah..agak2 berapa kot kita kena belasah.. emmm..mana orang2 yg sibuk perjuangkan MU supaya datang tu..sonyap nampak.. Pak Lah takmo komen ker..