Thursday, July 12, 2007

Sayur? Lepas Ni Lodoh Le Jawabnya....

China 5 Malaysia 1

Tu baru lawan China tu...yang ada 2 player main kat EPL. Lepas ni kena lawan Iran yang ada 4-5 orang main kat Bundesliga? Tu kira nasib baik Ali Daei dah pencen...Score berapa pulak lepas ni? Adakah macam tennis, badminton, ping-pong atau bola tampar?

Time macam ni ramai otai teringat kehebatan team lama Malaysia. Daripada cerita overall, baik la aku ingatkan yang Malaysia pernah kalah dengan England 4-2. England yang ada Gary Lineker. England yang bukan macam England sekarang...dan dapat score balik 2 gol. Dan dapat pujian daripada pemain dan pengurusan England. Sekarang? Nak main friendly pun kena perli.

Penutup kata...Iraq dan Palestin dilanda kemelut sengketa sejak beberapa lama tapi Malaysia yang aman damai, training facility baik...masih kalah dengan depa...dan..player Indon dengan Vietnam pun pendek jugak......

3 comments:

Ghost Particle said...

Aduh...biarlah...kita sokong Kedah cukup.

Ghost Particle said...

and liverpool.

blackpurple said...

Tiba-tiba aku teramat rindukan kelibat Super Mokh, Tauke, Spiderman, Hassan Sani, James Wong, Santokh... bla..bla...