Thursday, July 26, 2007

Masuk Jugak Jarum Ye

Kat dalam satu forum, aku terjumpa sorang forumner yang menulis perkara ni (berkaitan Insurgensi@ Darurat Kedua)

"dekat pilihanraya kot, ini isu sensitif...pernah dengar askar-askar lama kata, Insurgensi kedua 1969-1989 actualy peperangan antara kaum x dan kaum y. mula masa 1969 bila kaum x bawak penyapu halau kaum y dari bandar-bandar. masaKonfrontasi pun, askar-askar Indon landing bersama dengan gerila-gerila kaum xyang dilatih khas.

ini terbukti dengan wujudnya lebih dari 30,000 kampung baru sampai hari ini yangmasa insurgensi dulu adalah koncentration camp kaum x."

Buta sejarah ke apa? Insurgensi kedua bermula pada 1968 bila PKM mula bergiat cergas di sekitar Hulu Perak. Mana pulak perang antara kaum x dan y? Setakat kekacauan 13 Mei ada la. Pasal askar Indon landing tu...entah la mana dia dapat idea tu. Konsep 'kampung baru' pulak bukan masa insurgensi, tapi masa Darurat Pertama...Apa dia ni tak pernah dengar Rancangan Briggs atau Min Yuen ke? Dan satu lagi, kampung baru ada 500 aje, bukan 30,000!

Dan pasal 'Kampung baru' (bukan Kampung Baru, KL OK?), allegation mengatakan ianya 'concentration camp'....aku rasa cuma penyokong dan ahli parti cap bintang, sabit dan tukul besi dengan corporate color merah aja yang cakap camtu...alahhh parti tu, yang ahli dia pakai baju korporat kaler khaki brown, topi lima segi tu....
Masuk juga jarum depa tu ye.....

5 comments:

foxey said...

good of you membetulkan apa yg tak betul tu... how have u been?

blackpurple said...

Tak pandai nak bercakap, tapi masih memandnai-mandai nak bercakap juga.... :)

xamel1975 said...

Rasa dah boleh nampak calon politik yg baru. Cakap main lepas je; tak buat research.

Alpha said...

foxey
Fine...minggu depan I turun KL...

blackie dan xamel
Aku sebenarnya suka jugak layan pandangan berbeza...tapi kalau dah lari fakta camni....

angel_baik said...

aku salah seorang penduduk kampung baru (bukan penduduk kampung baru KL tu!) mmg diorang tu buta sejarah la.. form 3 lagi aku dah tau..