Sunday, July 15, 2007

Salahkah?

Salahkah menjadi Jawa? Hina sangat ke Jawa ni? Aku bertanya soalan tu sebab sedang aku melayari forum xxxx, aku ternampak kata-kata sebegini...

"...so warga pekan koboi bersiap sedia la utk berhijrah...jenis2 jawa, banjar ni mungkin balik ke tempat asal"

"tu la johor pusat perternakan jawa boyan terbesar di tanah melayu ani...mana mungkin tak bankrap"

"sama je dari rumpun indon semuanye" (merujuk kepada Boyan dan Jawa)

Tiga seleksi ayat tu datang dari dua orang forumner dengan otak paling p^&%$#$k (sebab otak yang mengawal mulut dan pergerakan tangan) dalam Forum xxxx. Tak tau apa yang buat mereka ni anti sangat dengan Jawa. dan sebagai sorang yang berdarah Jawa aku amat tersinggung dengan kata-kata tersebut.

Entah la...dengan tak rasionalnya aku nak tanya; kalau korang rasa korang tu Melayu sangat, Bukit Siguntang dengan Palembang tu kat mana? Macamana pula dengan Pagar Ruyung? Oh begitu juga Patani? Kenapa mereka ni nak membezakan sangat sedangkan kita semua serumpun...rumpun Melayu! Atau diaorang ni spesis Slobodan Milosevic, Radovan Karadzic atau Radko Mladic*?

(*kepala penjenayah perang di Balkan - Bosnia, Serb,Croat, Albania semuanya dari rumpun yang sama, Slav)

4 comments:

Sikenit Comel-AminBakish said...

saya pernah juga baca statement begitu, melabelkan bodoh pada orang banjar.

JBM8141 said...

hemm boyfriend kawan tunang aku (skrg wife la) pernah tak nak keluar dgn kami sebab dia tak suka jawa.. aku la tu.

pecaya la cakap aku, orang mcm ni mostly hidup dia seperti katak bawah tempurung. tak pernah keluar kampung.

mumuchi said...

depa orang bukit mesia ni kut...orang asli pun tak ngaku kaum :)

Anonymous said...

statement bodo piang ler tu Pha.... iggy je x luak kan, jangan tunjuk kat depa tu betapa ayat mereka tu menikam sanubari kita ni.... kalo nak diikutkan Jawa pon banyak jadi individu tersohor penuh ngan akhlak dan jatidiri...

Yip