Wednesday, July 04, 2007

Sebat Dan Rejam

Apa yang aku tulis ni mungkin akan menyebabkan ruangan 'Comments' aku penuh sesak...atau munkin kekal '0'....

Sekarang ni ramai orang cuba menjelaskan perkara-perkara yang menjadi amalan, ikutan serta panduan Islam secara saintifik. Ada yang munasabah...ada yang bidaah. aku tak nak sentuh yang munasabah tu sebaliknya yang bidaah atau lebih tepat lagi, tiada kaitan saintifik. Bagi aku ada amalan kita dalam Islam ni tak dapat dijelaskan secara fizikal, ianya lebih bersifat spiritual. Dalam hal ni aku nak sentuh pasal hukuman ke atas penzina.

Aku ada terbaca (dalam internet la, mana lagi) ada seseorang ni mendakwa bahawa sebab 'saintifik' kenapa penzina dihukum sebat 100 kali atau direjam sampai mati ialah sebab...kuman. Katanya, perhubungan seks akan menyebabkan kuman memasuki badan (OK, so far so good, sebab STD...tapi kalau orang tu takde STD?). Dan hukuman sebat akan 'mengeluarkan' kuman tadi melalui luka sebatan. Dan kenapa pula orang yang dah berkahwin direjam? Sebabnya ialah kuman yang terhasil akibat hubungan seks dengan bukan pasangan sah 'bercampur' dengan 'kuman' hubungan seks pasangan sah...

Reaksi aku...to put it mildly, ini merepek tahap gaban! Dah la tak disertakan maklumat ni datang dari mana, siapa yang jumpa? Dan kalau hubungan seks hasilkan 'kuman' kenapa suami isteri sah tak disebat juga sebab nak keluarkan kuman tu? Kenapa pula, katakan demam denggi, kita belasah aje diri kita sebab nak keluarkan kuman? Dan kalau ada kuman, kenapa pula yang bujang dan yang kahwin hukumannya berbeza?

Hukum hudud atas zina berat kerana beratnya 'graviti' perbuatan zina itu - keturunan jadi tak elok, masalah sosial makin berleluasa, rumahtangga boleh hancur dan banyak lagi la kesan sosial dan spiritual perbuatan 'syok sekejap' ni. Dan pada pandangan aku sebab itu la juga kenapa hukuman berlainan diberi kepada orang yang dah berkahwin (dah ada channel sah kenapa cari yang haram?) Mungkin orang yang lebih berilmu dapat menghalusi lagi perkara ini.

Balik kepada kuman tadi, kalau ada yang menyokong idea 'kuman' tu, boleh terangkan secara 'saintifik' kenapa hukuman ke atas orang yang menuduh seseorang itu berzina, tetapi tuduhannya palsu dikenakan sebat 80 kali?

Aku sebenarnya nak buat soalan retorik yang sarkastik tapi tak mau la kali ni.....

2 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau hukuman Allah dah macam itu tak perlu dipertikaikan lagi rasanya. [Itu pandangan aku lah]. Macamanalah boleh timbul idea 'kuman' itu.. isk..

[Tahniah; Kau telah diteg. Teg untuk 'charity' diaorang kata. Singgah blog aku :)]

JamOren said...

sapa lah punya fatwa tu, kalo kata sebat nagn rejam tu boleh buang 'toksid' yg dalam kepala otak org yag tak betul tu, mungkin boleh pakai fatwa dia tu..