Thursday, July 19, 2007

Gila Glamor dan Gila Rekod

I - Gila Glamor

Itu hari aku tengok Melodi kat segmen 'Kontroversi'. Lokasinya kat Stadium Melawati Shah Alam. Nampak ramai dalam stadium tu. Bila di interview semua marah-marah. Ada awek sorang tu dengan unlady-likenya memaki suruh orang yang buat pasal tu 'pergi balik India!' Ada mamat yang sorang ni pulak dengan nada marah dan bengang kata 'Melayu selalu ditindas!' Aku kata ni apa kes pulak ni? Pergaduhan kaum ke? Tapi apa ke hal pulak hal macam tu masuk Melodi? Rupanya kes penggambaran dari production Bollywood tak jadi tanpa dimaklumkan! Ceh!! Setakat tak dapat peluang jadi ekstra filem pun kecoh macam tu ka?? Malu la weiii!!!! dah la tu yang korang pi terponggok dari pagi sampai petang tu buat apa? Blah aje la! Setakat ekstra aje....

II - Gila Rekod

Dalam Melodi yang sama, sorang apek produser filem ni kepoh pasal FINAS tak iktiraf kutipan filem hantu dia. Dia kata kutipan sekitar Malaysia, Singapore dan Brunei cecah RM7 juta lebih dan FINAS tak kira jumlah tu. Allo apek David aaaa, itu FINAS Malaysia punya, apa pasal dia mau kira luar Malaysia punya? Satu lagi dia komplen, FINAS cuma kira kutipan di panggung yang kena syarat wajib tayang saja. Jadi daripada jumlah RM7 juta tu, tinggal RM3.5 juta. So takleh la Apek tu nak pecah rekod cerita Sembelit...errr Sembilu.

Aiyaaa tokei, apa pasal lu mau sibuk2 sama itu rekod? Lu tau lu sudah ade duit juta-juta sudah cukup maaa!

6 comments:

Anonymous said...

gue sgt setuju dgn gile glamour 1. masa tgk melodi minggu lepas, gue pun terfikir perkara yg sama.. tak dpt jadi extra pun nak kecoh.. blah la dari situ.. dok tgu per lagi ntah ler..

Anonymous said...

gue sgt setuju dgn gile glamour 1. masa tgk melodi minggu lepas, gue pun terfikir perkara yg sama.. tak dpt jadi extra pun nak kecoh.. blah la dari situ.. dok tgu per lagi ntah ler..

Anonymous said...

FYI, wa dh lama x tgk itu melodi.. tp mmg x kalau cite mcm gile glamor tu wat malu rakyat m'sia je la.

itu apek wa lase dia mmg tamak haloba...gile glamor jugak tu kwang kwang kwang..

Anonymous said...

haa... tengok melodi yg tu... sapa la suh volunteer jadik extra kan? rasa dah lama ngat tunggu, belah je laa... watpe tunggu lagi...

anakwatan said...

ntah nyer... apa lah punya melayu. Kau yang giler glamour.. hah pueh hati kau!

JBM8141 said...

gila glamor... aduh itulah realiti perjuangan melayu sekarang nih.

gila rekod... apa lagi apek, buat la perbadanan filem sendiri.