Thursday, February 15, 2007

Kisah Penjaja Anggur - Part I

Lewat Mac 1998. GM baru tempat aku kerja buat perjumpaan dengan staf HQ. Concern kami ketika itu ialah keadaan ekonomi yang gawat serta masa depan kami. GM dengan muka manisnya berkata ”Don’t worry. There will be no retrenchment“. Aku pun menarik nafas lega. Forward ke tengah bulan April 1998. Shinta dari HR mintak aku datang meja dia. Aku mula-mula ingat dia nak ajak aku makan (hehe – Shinta ni amoi cun wooo) tapi rupanya dia bagi satu surat...dan ianya bukan surat cinta. Surat cinta tak pakai letterhead pejabat. Bila aku baca, rasa macam nak gugur jantung aku. Aku kena berhenti!! ”Termination of Contract“ kata surat tu. Language-wise, GM tak bohong. Retrenchment memang takde (buat masa tu) sebab retrenchment cuma untuk staf yang dah confirm. Aku masa tu masih Management trainee, jadi aku ‘ditamatkan kontrak’, bukan retrenched! Respon aku bila dapat surat tu ialah ‘tak percaya’ dan aku ke toilet sambil baca surat tu berulang kali. Lepas tu aku ke HR Manager. HR Manager kata pun dia tak boleh nak buat apa-apa..silap2 dia pun sama kena tendang. Dan pada 20 April 1998, aku terima last paycheck aku dan hari tu hari terakhir aku kerja kat Multi-Purpose Finance. Nama je kena berhenti tapi aku selalu lepak office jumpa member sambil menanya mana la tau depa ada contact. Tapi tarak apa…sebab depa pun risau nasib depa. Aku cuba tanya tunang member aku yang kerja StandChart. DIa kata ada kerja kat Card Department tapi setakat kerani aje la. Aku dah desperado masa tu aku cakap OK aje lah janji ada kerja. Aku pergi interview tapi dari gaya interviewer tu dia takmo kasi aku kerja tu sebab aku overqualified. Jadi apa aku boleh buat, balik kampung la. Jadi la aku macam masa sekolah dulu, terpaksa bergantung kepada mak bapak…..

Tapi aku masih tak mau mengalah. Surat khabar jadi teman setia aku. The Star dah takleh nak harap sangat...ruangan recruitment depa yang sebelum ni boleh jadi paper sendiri dah tinggal dua helai aje...jawabnya baca Metro la. Aku nampak ada iklan yang hendakkan ‘eksekutif pengurusan’ kat JB. Masa ni aku dah despaerate, duit dalam bank akaun aku cuma tinggal lebih kurang RM75. Jadi aku ke Johor, ke satu kedai di Jalan Tun Razak. Sampai disana, aku diminta pengurus untuk mengikut seorang budak muda, berpakaian smart dengan baju lengan panjang dan bertali leher. Selapas sarapan, budak tadi, yang aku rasa dalam umur 20 hingga 22 tahun, mengajak aku dan dua orang lagi ‘calon’ untuk ikut dia ke Masai...sambil dia menggalas satu beg besar. Aku dah rasa tak sedap hati. Sampai di Masai, hati aku berkata ‘Kan aku dah kata...ni kerja salesman!’ Bukan menghina, bukan salah kerja tu tapi, walaupun desperate, kerja sales bukan bidang yang kena dengan jiwa aku...apatah lagi ‘menjual muka’ di khalayak ramai, dan kena reject 50% (or more) of the time. Kena pula lepas Maghrib baru boleh balik ke rumah setelah buat pengiraan sales. (Bukan aku takleh buat OT, tapi rasa tak best la, duduk kat luar waktu Maghrib)

Budak-budak yang kerja kat situ ceria aje cerita pendapatan mereka dan peluang kenaikan pangkat menjadi ‘pengurus’. Entah la...tapi apa yang buat aku ambil keputusan untuk tak bekerja disitu, selain iklan yang ‘misleading’ dan kerja bidang sales (yang aku tak minat dan takde kebolehan), ialah bagaimana aku tengok calon bukan bumiputra dibawa mengikut salesperson yang ke kilang-kilang dan perniagaan tertentu – mempromosi barangan tanpa perlu menjaja muka ditepi-tepi jalan dan mendapat komisyen yang lebih tinggi berbanding anak-anak muda tadi. Bukannya syarikat tersebut tak tahu yang aku dan seorang lagi calon Bumi dah berpengalaman kerja...tapi setakat ikut budak2 yang setakat habis sekolah menengah saja. Calon-calon bukan Bumi yang bersama-sama aku tu, aku tahu mereka semua sama saja situasi dengan aku (kena berhenti kerja) - aku nampak ianya satu diskriminasi! Oh, lupa nak cerita, masa aku masih di KL, aku ada mintak juga kerja dengan satu company di PJ...overseas punya, tapi sales jugak...ejen membership card. Aku terpaksa reject sebab jauh sangat dari rumah makcik aku. Sakit ooo nak berulang-alik, dah la duit takde.

Bersambung
....

2 comments:

Anonymous said...

jom lihat

http://jamilkucingpondan.blogspot.com

Anonymous said...

haa... keje sales mcm u tu, i pun penah tekena... ikut iklan, katanya management trainee... bila p, disuruhnya menjual kupon2... mmg tak sesuwei dgn jiwa ragaku ini...