Thursday, February 08, 2007

Satu Entry Sedih...

OK, ni bukan drama, cerita betul, macam entry aku yang lain-lain tapi aku buang nama-nama orang yang terlibat. Baiklah, bayangkan korang dalam situasi begini:

Korang hidup bukan senang sangat Cuma kerja sales assistant, suami pulak kerja on and off. Mak bapak dah tak ada tapi mak dengan pak sedara ada lagi. Satu hari sampai surat bank kata nak tarik kereta sebab dah empat bulan nak bayar, ada la dalam RM1,200. Nak mintak tolong adik beradik, dia orang memang dah sedia tolong dan korang tak nak nak susahkan dia orang lagi. Ok, dalam pak-pak sedara tu, ada sorang tu bisnes kontraktor. Bisnes kontraktor tentu la lebat sekarang ye tak? Jadi korang pun telefon la dia sambil ceritakan masalah dan merayu nak pinjam duit sikit (RM1,200 untuk kontraktor yang boleh masuk berpuluh-puluh ribu satu projek tentu la tak besar sangat kan?)

Tapi apa yang korang dapat sungguh menghampakan. Bukan sahaja dia tak mau bagi pinjam malah siap boleh kata 'KALAU SEDARA BOLEH LA PINJAMKAN...’ Apa perasaan korang? Oh, to rub salt into the wound, pak sedara tu juga pernah menjual tanah pusaka milik nenek korang (value dalam RM500,000), yang arwah bapak korang ada share dari segi faraid. Dah la jual tanpa kebenaran waris lain, satu sen pun arwah bapak korang (apa lagi korang) tak dapat rasa duit tanah tu, walaupun pak sedara tu janjikan RM50,000 dari hasil jualan? Dan masa arwah bapak korang meninggal, dengan poyonya dia berjanji nak buatkan batu nesan dan kepung kubur tapi dah 4 tahun tak buat-buat?

What would you feel or do if you are in that situation?

2 comments:

Anonymous said...

huh tak heran...wa punya nasib baik sempat bicara faraid...kalau tidak terus lesap fasal sekali cek, diaorang dah jual bahagian diaorang walaupun geran tak pecah lagi..

Ayu Mohamad said...

(*$#@%^&*&&^%%$%$%%^^&*((&(*&^ to the pakcik!
ingat senang ke nak jadi org kaya? ade bahagian org lain pada setiap harta org kaya tu!