Tuesday, December 12, 2006

'Teh Tarik Rendek!' Di ISS?

Angkasawan M'sia Bakal Main Gasing Dan Batu Seremban Di Angkasa” dan “Angkasawan Malaysia buat teh tarik di angkasa”. Itulah antara tajuk berita bulan lepas. Reaksi aku bila baca tajuk tu…ketawa. Apa taknya, nak main batu seremban dengan gasing dalam ISS (International Space Station). Aku rasa korang pun macam tu kan? Dan mungkin antara respon kita kepada berita itu ialah ‘bodoh ke?’, ‘Dah takde kerja lain?’, ‘Malaysia Boleeeehhhhh’, ‘Mengarut gila babi’ dan macam-macam lagi yang secara asasnya menghentam. Ya, memang patut pun. Keluar duit berjuta-juta tapi setakat buat benda merepek macam tu. Juga banyak kartun, lawak sinis, sindiran dan sebagainya keluar…semuanya mengatakan agensi yang ditugaskan memantau program angkasa sebagai ‘hilang akai’.

Tapi..ya, tapi. Adakah kita meninjau dengan lebih lanjut berita tersebut? Cerita selanjutnya dimana pihak yang menjawab (dalam Parlimen) menerangkan yang saintis tempatan telah menghantar cadangan penyelidikan masing-masing. Ada kita baca? Rasanya bila kita tengok perkataan 'teh tarik’, gasing’, batu seremban’ dalam satu ayat yang sama dengan 'angkasawan' dan 'angkasalepas', terus kita mengutuk.

Ini keratan daripda Hansard (laporan Parlimen)

"...Mereka mengadakan life sciences, kerana nak translate ia susah dengan izin. Iaitu mereka belajar cells in space, microbes in space, protein crystallization in space, seeds and germination in space. Lepas itu space medicine. Mereka belajar in-flight monitoring of kesihatan angkasawan. Selepas itu, mereka belajar pre-flight dan post-flight monitoring angkasawan punya health. Selepas itu, mereka belajar physic education. Physic education iaitu termasuk mereka main batu seremban itu. Main traditional game in space dan mereka main gasing in space” (Rojak jugak bahasa Ahli Parlimen yek, kena saman ni...heheh)


Nah, dua eksperimen ‘main-main' dan bebrapa eksperimen ‘serius’…tapi otak kita cuma nampak ‘batu seremban’ dengan ‘gasing’ serta ‘teh tarik’ (yang aku tak quote bersama ‘lukis batik’).

Sekarang, memang eksperimen merepek (gasing, teh, batu seremban) tu nampak memalukan dan tak masuk akal. Tapi perlu juga diingat, program angkasa Malaysia yang pertama ini lebih bertujuan nak menarik minat rakyat Malaysia untuk meminati bidang astronomi (bukan astrologi ye). Rakyat Malaysia turut merangkumi kanak-kanak. Berapa ramai kanak-kanak Malaysia yang tahu keadaan mikro/zero gravity di angkasa sana? Bagi aku, eksperimen teh tarik, gasing dan atu seremban ni lebih sebagai ‘fun stuff’ untuk kanak-kanak – satu langkah tatihan pertama untuk mereka meminati bidang astronomi. Dan mungkin juga untuk orang dewasa yang tak nak ambik tahu pasal eksperimen saintifik yang susah dia nak sebut!

Media pula tak membantu, laporan mereka hanya memberi tumpuan kepada ‘eksperimen merepek’ tersebut. Ini mungkin samada
- mereka sendiri tak faham terma-terma saintifik atau
- mereka rasa rakyat Malaysia tak faham terma-terma tersebut (jadi tak perlu nak tulis)
- lebih senang tulis hal ‘remeh’ sebab psikologi rakyat malaysia yang suka benda yang mudah difahami dan dikenali.

Nah...sekarang siapa patut digelakkan, mereka atau diri kita sendiri atau sama-sama gelak atas ‘kepintaran’ masing-masing?

p.s. Ada yang kata program ni menghabis duit rakyat. Untuk makluman, program ni sebahagian program bayaran / timbal balik pembelian pesawat Sukhoi. Dan kalau ada yang kata ‘buat apa beli Sukhoi tu’, meh sini aku tarbiyahkan…takpun aku perkenalkan dia kat orang yang boleh tarbiyah baikkkk punya!

2 comments:

Anonymous said...

Aku tercari-cari juga signifikannya dulu....

Rasanya kau lebih arif pasal ni Alpha...

Anonymous said...

after I read this entry of yours, I have to say, for us in London even, the newspaper that report on the cancellation of doing teh tarik on ISS tuh, maybe tak aware or maybe tak buat full research in the matter and also just report on the cancellation of this matter.

that time bila baca tuh, macam terfikirlah, pekejadahnya nak buat teh tarik! but reading this entry, at least I know why and learnt something new.

thanks.

-miss I-