Thursday, December 07, 2006

Ajaran Sesat...Featuring Al-Arqam/Rufaqa'

Dalam masa seminggu ni, heboh balik satu Malaysia pasal Al-Arqam Reloaded…Al-Arqam yang hidup balik sebagai Rufaqa’ Corporation. Ada yang kata hidup balik, ada yang kata Rufaqa’ ialah Arqam dengan nama lain…mereka yang hardcore tak pernah insaf. Dan Al-Arqam merupakan salah satu ajaran sesat/cult yang diharamkan. Mengikut IKIM, ciri-ciri cult ialah

- bergiat secara berkumpulan dengan satu pemimpin yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Ketua ini pula dipuji secara melampau
- bergiat secara underground
- berfahaman songsang dengan kebiasaan
- mempunyai lambang-lambang tertentu

Wikipedia pula menambah, cult mempunyai ciri berikut:
- Pengucapan/mentera yang berkaitan dengan alam ghaib
- Bersifat anti-sosial
- Mempunyai pengaruh yang amat mendalam kepada ahli

Wikipedia turut menambah bahawa mereka yang terpengaruh dengan cult sebegini adalah orang yang :
- bersikap anti-sosial. Mereka memandang sinis masyarakat, tidak berpuas hati atau tidak dapat menrrima suasana sosial sedia ada
- Berfikiran magis – orang yang sentiasa mengaitkan hal-hal fizikal dengan hal-hal ghaib dan mempercayai bahwa perkara2 ghaib ini boleh membentuk kehidupan. Itu yang ramai claim berbual dengan Nabi, dapat Wahyu, jadi Imam Mahdi dsbnya. Berzikir entah apa-apa malam2 buta

Dan tambah aku pula pasal orang yang tubuhkan/sertai ajaran sesat – mereka yang malas berusaha nak dapatkan syurga. Cuba tengok majoriti ajaran sesat..mana ada yang kata kena baca Quran sampai khatam tiap2 malam? Atau sembahyang 10 waktu? Atau tiap2 tahun kena pergi Haji? Takda! Yang ada ialah...sembahyang pakai niat sahaja, puasa pakai niat sahaja, tuk guru tolong tanggung dosa dan lain-lain lagi. Yang sertai ajaran sesat pula orang yang tak amalkan ajaran Islam sekian lama, sedar diri tu berdosa tapi malas....dan bila nampak (kononnya) short-cut ni mereka pun berbondong2 menjadi ahli, dan sebab percaya tuk guru boleh ampunkan dosa dan sebagainya, mereka jadi obses – daripada tahap macam 'sesat di Kuala Lumpur', terus jadi 'sesat di Planet Zargus'!

Satu lagi, seperti dinyatakan saudara Sevven dalam blognya, ajaran sesat ialah cara mudah nak jadi kaya. Apa taknya, tuk guru kata kalau nak join kena 'sucikan’ diri dengan derma, katakan RM2,000. Tu sorang, kalau 10 orang dah RM20,000! Dan seingat aku kat paper baru2 ni pun ada dinyatakan Arqam nakkan peserta bagi sebahagian harta kepada organisasi-hmmm, patut le aset depa ni banyak! Satu lagi, ada sesetengah tuk guru yang guna 'male appendage' (heheh) sebagai pemandu dia...senang2 aje dapat rasa 'ayam fresh’ – ye la, sebagai syarat ahli pompuan baru nak 'masuk syurga’ atau 'menebus dosa’..... tuk guru tu yang ke 'syurga’ dulu!

Dan bila kes Arqam didedahkan, nampaknya depa dah naik satu level lagi:
"Ahli yang berjuang dalam perjuangan ini akan mendapat power daripada Allah seperti mana yang diberikan kepada Rasulullah. Kemuncak kematangan Karomah atau power inilah apabila tunjuk kapal terbang dengan jari dan niat jatuh, maka jatuhlah."

Menarik…kelakar pun ada sebab ada perkataan ‘power’ tu…macam ayat bebudak plak. Hmmm sekarang dah ada power camtu pulak? Oh, kenapa masa JAIS raid itu hari depa tak tunjuk jari kasi van JAIS tu meletup? Atau nak larikan diri, tunjuk aja kat pegawai JAIS supaya tak bergerak? Power tak cukup lagi ke masa tu? Apa pula lepas ni…semua ahli Arqam boleh buat lightsaber dengan buat ‘Jedi Mind Trick’? Satu lagi aku tergaru-garu kepala…punya la obsess Abuya pasal pemuda Bani Tamim, sampai dia letak gelaran ‘At-Tamimi’ kat hujung nama dia…siapa yang angkat dia sebagai Pemuda Bani tamim ni? Dia sendiri? Boleh tahan jugak egocentric Abuya ni….untuk penerangan lebih pasal Al-Arqam, selain website official kerajaan, boleh juga ke http://rufaqa-sesat.blogspot.com/

8 comments:

blackpurple said...

Selain dari isu murtad, isu ajaran sesat ni pun bahaya jugak, macam kanser.

Bagi tak ada asas agama dan yg baru nak belajar2 rapat dengan Islam, kesian kalau 'terperangkap' dengan group diaorang nih...

INDERA KENCANA said...

Heeiii... orang kita memang suka sangat ambil short-cut. Usaha malas. Sama macam saham Pak Man Telo

Anonymous said...

tak habis habis kamu orang ni nak mengata arqam tu sesat. ada yang masuk group tu nak baiki diri dengan ikhlas. kamu pun belum gerenti jugak masuk syurga. sebaiknya elok lah doa kan mereka tu supaya kembali kepangkal jalan dan mohon kepada Allah agar mereka tu diberi hidayah dan taufik. saya bukan nak sokong mana-mana tapi tak kan kita nak kutuk pula diorang tu. ada tak sedikit dalam hati tuan-tuan ni untuk doa kan mereka. Nabi Mohammad dulu pun bila mula-mula bawa ajaran Islam kena tuduh macam-macam. Al-Quran nak disampaikan pun kena ucap mentera sihir. Naik kelangit pun kena kata gila. Tapi Allah telah membela Rasulullah sehingga kita sekarang ni jadi umat Baginda. Tak ada akhlak kita sebagai umat Islam nak kutuk-kutuk sebab para ulama kata maka kita pun kata. Para Ulama muktabar seperti Imam Ghazali pakar tasauf pun kena tangkap juga. Imam tauhid kita yang mula-mula berfahaman muktazilah akhirnya jadi ikutan kita dalam hal tauhid dan ketuhanan. Aku bukan ingat sangat pun Ulama muktabar tersebut tapi saya lebih suka mendoakan mereka agar diberi pertunjuk sebab mereka tu juga lah yang lebih nampak Islamik dalam semua sudut. Sekarang ni pun JAIS susah nak putus keIslaman Rayappan yang setentu ada dalam rekod pengIslaman. Inikan pula soal dalaman yang hanya Allah saja yang tahu. Agak nya kita semua ni di uji Allah. Cuba kita buat andaian sekiranya apa yang diperjuangkan arqam tu benar dan kita lihat banyak contoh pembangunan yang mereka pelopori model contoh Islam Hadhari... apakah kita tak nak sokong? Ia akan menaikkan nama baik negeri kita Malaysia ni sebagai model berekonomi tanpa faedah, berpendidekan yang mengutamakan Tuhan dan sebagainya. Saya nasehatkan buat diri saya sendiri agar kita serahkan urusan mereka tu kepada Tuhan dan lebih baik kita dok pakat ramai-ramai seluruh rakyat yang dok ada kat Malaysia dan diluar untuk sama-sama kita selesaikan masalah sesat dan kutuk mengutuk ni dengan mengerjakan solat istikharah ataupun solat hajat agar Allah beri kita petunjuk bahawa sanya ARQAM itu benar-benar sesat. Kita bermunajat kepada Allah Yang Maha Adil Lagi Maha Bijaksana Yang memiliki Arasy Yang Maha Tinggi, saya yakin ada 2 kemungkinan iaitu arqam tidak sesat atau kita benar. Kalau mereka benar maka kesesatan itu kembali kepada kita sebab kita tuduh yang bukan-bukan. Kalau mereka sesat maka beruntunglah kita sebab Allah tak sesatkan kita. Ingatlah pesan setiap hari Jumaat "Barangsiapa yang diberi Allah hidayah maka ia tidak akan disesatkan dan barangsiapa yang disesatkan maka ia tidak akan dapat petunjuk". Wallahu'alam

Sikenit Comel-AminBakish said...

macam masuk kawasan perang je bila masuk blog nih...

Anonymous said...

Tak ni bukan perang. Ni cara kita nak pakai istilah atau cara hidup dalam Islam Hadhari. Saya cuma nak nasehat kan diri saya dan siapa-siapa ja dalam blog ni agar jangan cepat nak melatah sebab apa yang berlaku dan apa yang bakal kita lakukan tu nanti termasuk dalam jerangkap iblis dan syaitan agar kita sesama insan atau sesama Islam ni bergaduh, bertekak, mengumpat, mengata dan lebih-lebih lagi takut terfitnah insan yang tak berdosa. Sebab itu adalah lebih baik dan seeloknya kita berusaha serta bertindak bersama Tuhan. Kita ada panduan iaitu bila berlaku berbalahan kita kembali kepada Allah dan Rasul, Al-Quran dan hadis.

Minda kita ni dah dijana dengan pendidekan sekular serta bertumpu kepada sains. Pemikiran kita bukan lagi terbuka menurut aliran jisim ilmu Al-Quran dan Al-Hadis. Kita sekarang dah jadi ideologis dan hampir semua sudah membelakangkan Al-Quran dan Hadis. Masyarakat kita jadi keliru dan dikhuatiri menyokong pehak yang salah dalam menghukom. Terzalimlah segwlintir masyarakat kita. Sehingga sekarang pun orang pandang serong ja terhadap saya. Saya keluar 3 hari, 7 hari, 40 hari kah nak dapatkan iman dan keredhaan tuhan. Nak buat baik pun orang pandang serong, nak buat macamana lagi. Kita cuma dapat sabar dan berdoa. Kalau kita ikut hati, mati. Kalau kita ikut rasa, binasa. Kan lebih baik kita berdoa mohon kepada Allah minta kita semua diberi petunjuk baik yang dah Islamik kehidupan mereka atau pun yang masih lagi jahil. Ini hari kita mendoaan keselamatan orang lain mungkin akan membawa kebaikan dikemudian hari. Kalau nak kata sesat tu sesuka hati... elok masuk politik. Kalau diorang kata pun, itu politk. Tak tahu kah kita bahawa setiap kata-kata, kelakuan dan buruk sangka kita tu akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah nanti. Tak takut kah kita. Astaghafullah.

Jangan lah kita nak cakap senang-senang ja. Rasulullah dan para Sahabat R.A bermunajat seorang-seorang diwaktu malam sambil menangis. Kita dan ulama kita kurang buat amalan tersebut. Sebahagian kita baca kitab nak dapatkan PHD dan gaji besar. Dah tu dok kat ofis nak cari salah orang ja. Ada sebahagian tu belajar nak dapatkan imu dan nak amal ja untuk diri dia ja tapi tersungkur dengan bab akhlak so ilmu/amal tu tak membuahkan hasil jugak. Ada yang belajar, beramal dan berdakwah tapi gagal pula nak pimpin keluarga so macamana. Ada juga yang belajar, beramal, berdakwah dan mempunyai peribadi yang baik serta ada wibawa. Nak pandang pun kita rasa sejuk ja. Bila dia bercakap, semua nya bermakna. Ibarat cerita Nujum pak belalng lah ya. Satu baaanyak. Dua kadang-kadang. Tiga jarang-jarang. Satu tu ialah banyak yang tak sembahyang dah. Dua tu kadang-kadang pi masjid, kadang-kadang tak. Tiga tu jarang-jarang kita nak tengok orang politik pi masjid sebab sibuk nak urus negara atau nak ulas pembangkang kalau ada pun atas jemputan. Mungkin mereka lebih seronok sembahyang kat rumah. Saya bukan tuduh mereka tak sembahyang ya. Ada juga yang jarang-jarang pi masjid ni dari kalangan ulama dan ustaz-ustaz. Mereka punya alasan tersendiri dan kalau mereka ikhlas nak share kenapa... dah tentu kita juga jarang-jarang pi masjid kecuali Jumaat ja.

So... sekiranya ada terdapat (sudah setentunya) kesilapan serta tersindir dalam comment saya ni... harap para cendikiawan, para ilmuan, para ulama berilah teguran dan nasehat. Kita cuma insan biasa ja. Saya tinggalkan doa Rasulullah : ALLAHUMAHDI QAUMI FAINNAKA LA TA'LAMUN [YA ALLAH BERI HIDAYAH KEPADA KAUM KU SESUNGGOHNYA MEREKA TIDAK MENGETAHUI]. Dan Rasulullah berpesan SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH YANG BANYAK MENFAATNYA KEPADA ORANG LAIN. Semoga ada menfaat nya. Wallahu'alam.

Alpha The Kerastangan said...

Heh..laku jugak blog aku ni ye....
Anyway...Nabi sendiri ada bersabda yang lebih kurang maksudnya..'Ada 73 jalan..tapi satu sahaja yang diterima Allah'....

Anonymous said...

Bunyi macam orang arqam aje kawan kita tu. Apa khabar Abuya? minta power sikit kasi jatuh kapal terbang Amerika. Al-Arqam ni dari luar nampak bagus juga konon niaga. Isunya mudah aje. Abuya nak sara anak isteri yang ramai tu. Ada manusia ambil peluang kalau ramai orang sudah percaya bahawa kita ni orang baik dan benar. Ape ajelah. Ustaz ke? Penjual ubat ke,kaki mengorat ke, semua. Untuk tiga perkara di dunia. Satu Duit, kedua Wanita, ketiga pengaruh. ITU AJE.


mcy

Anonymous said...

Tak semestinya cakap pasal Islam dah nak kata kita orang arqam. Orang kafir pun ada yang cakap pasal Islam jugok. Kita kat Malaysia ni dah disatu bangsakan... dah tak da dah bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India dan sebaginya tapi kita bangga dengan Bangsa Malaysia. Cuma agama dan adat serta corak hidup ja yang berbeza dan pegangan beragama. Ada yang kuat pada adat resam dan ada pula kuat pada agama. Bila kita kuat pada satu satu pegangan maka akan renggang lah pegangan kita pada yang satu.

Jadi kita ni semua hamba Allah lah tak kira bangsa.