Sunday, December 10, 2006

Angan- Angan Si Jeneral Kerusi Malas

Kalaulah aku jadi orang yang berkuasa keluarkan duit untuk pembelian peralatan ketenteraan ATM....

Akan aku humban tukun TUDM (aka BAe Hawk 108 dengan 208)...jual dengan Indon ke, Arab ke...

Lepas tu, kasi tambah cukup pesawat MiG-29 untuk melengkapi 3 skuadron dan kasi upgrade ke standard SMT...tak pun M2...takpun OVT (Mak oi...OVT pun masih testing lagi).

Su-30MKM pulak tambah menjadi dua skuadron...satu di Gong Kedak, satu di Labuan.

Hornet? Oh, masih berjasa lagi sang tebuan ini. Juga akan ditambah menjadi satu skuadron penuh. Sang Tebuan, kamu ditugaskan membantu TLDM! (anti-shipping la) Cuma problem sikit, Hornet 'D’ dah tak keluar kilang lagi, kena beli stok USMC, itupun kalau US lepaskan!

Tukun TUDM akan diganti pesawat latihan/light attack seperti Yak-130 dan jumlahnya cukup sebagai pesawat latihan dan juga sebagai pesawat serangan ringan bila diperlukan. Mungkin juga 2 skuadron? Tapi sebab itu hari dah sign MB339CM, kena tukar model ni jugak la nampaknya.

Charlie...dimana rasa aku TUDM saja panggil C-130 Hercules, ‘Charlie’…nak tambah lagi tak? Ah tambah aje la...mana cukup 12 biji nak support logistik, nak support 10 Para lagi....tambah lagi 12 biji cukup? A400M mana? Yang tu kira lain....

Nuri, aku rasa dah masa untuk burung besi ni dipencenkan. Sebagai pengganti, aku suka NH90. Oh, pilot ramai-ramai tu kalau jadi apa-apa kat pesawat dan terpaksa guna K-36 atau Martin-Baker, perlu ada EC725 Cougar untuk CSAR…Again, cukupkan satu skuadron. Aku sebenarnya suka HH-53J Pave Low III tapi tu macam canggih sangat la…lagipun Uncle Sam kasi ke?

Ah, cukup la dulu berangan kosong…kang jatuh pulak model Hornet yang aku tengah bawak main ni…

4 comments:

sevven said...

Rasanya pasal kena lenjan habis sebagai trainer and light attack lah Hawk tu habis hancur semuanya. Memana pengganti pun kalau dibohsiakan cara serupa mesti sama nasibnya.

Kita kena pikir betul-betul, nak trainer ke, light attack. Kalau nak dua-dua, belilah dua kapal terbang.

Anonymous said...

Singapura akan membeli 66 plus 30 Leopard 2A4 ex-German army

Anonymous said...

Kan Singapura dah lama ada Tempest ... 150 kot ... disembunyikan bawah rumah Lee Kuan Yew.

Diarang buat announcement tu sepaya rakyat Singapura tak rasa takut kita punya PT-91M kena introduced soon ... harap-harap ada turret baru ... kan Poland ada project abandoned gitu.

Anonymous said...

What M'sia should buy instead:

Visby Corvettes (12)
additional 2 Scorpene Subs
additional 18 SU-30MKM
S-300 SAMs (4 batteries)
additional 12 ASTROS II systems
G6 Artillery system (18)
additional 32 PT-91s
200 Centarou Tank Destroyers
continue building their NGPV (minimum 12)

What M'sia should dump:
Kasturi class frigates
F-5E
Hawk 100, 200
KIFV
Condors
SIBMAS