Sardin Berkuah Escargot!
Konon cerita:
"Sebenarnya saya berhenti makan sadin... kerana cerita daripada teman.... tinggal berhampiran kilang sadin. Dia beritau saya, dan dia dah sahkan yang pengilang sadin menggunakan LENDIR SIPUT BABI untuk pekatkan kuah sadin. Setelah saya bekerja, saya sempat melawat kilang tersebut dan mintak penjelasan dari pengurus kilang tu, Suhanallah, dia mengaku kemang (sic) dia menggunakn lendir tersebut. Lebih memeranjatkan, memang kilang tersebut mengetin siput babi untuk ekspot kerana siput babi menjadi kegemaran warga Perancis (dia orang Perancis) dan Jerman. Ini tambah meyakinkan saya mengenai kandungan sadin tersebut. Semenjak tu, bila terpandangn sadin, saya terbayang LENDIR siput babi tu. Cuba bayangkan.... Oh terlupa, yang ni sadin A1 (cap AYAM)."
Cerita ni dah lama sejak 80an lagi tapi masih bernyawa sampai sekarang. Satu contoh urban legend yang diedarkan sebagai kisah benar. Geli kan? Tapi ada kekurangan dalam cerita ni yang menyebabkan inaya urban legend semata-mata:
- setahu aku sardin bukan dikilangkan di darat, apatah lagi di taiping yang agak jauh dari laut. Even kat tin sardine Ayam Brand pun tak tulis kilang. Kenapa? Sebab kilangnya kat laut, factory ship! Kat Malaysia silap2 setakat bubuh label aje.
- Escargot bukan siput babi ‘biasa’ dan juga bukan makanan biasa orang Perancis – ianya biasanya hanya dimakan bila ada keraian. Dan seingat aku, bukan murah. Satu lagi, hanya French aje makan siput darat ni, bukan Jerman.
- Sangat tidak ekonomik untuk memekatkan kuah dengan lendir siput..berapa juta ekor diperlukan? Macamana nak ekstrak lendir tu? Itu tak dicampur lagi kos ladang siput dan sebagainya. Lebih baik guna tepung jagung. Mana-mana peniaga mesti nak memaksimakan keuntungan, buat apa mereka turunkan margin keuntungan dengan pakai siput?
- Seperti biasa, mengikut cerita-cerita sebegini, hanya jenama terkenal dan paling laris sahaja akan buat ‘kerja gila’ seperti letak siput, lemak babi dan apa-apa yang menggelikan. Bunyi macam dengki aje…
- Akhir sekali, cerita tak konsisten...Sardin A1 ke Sardin Cap Ayam?
Ikut kata Mythbusters…cerita ni bagi aku BUSTED!
Ikut kata Mythbusters…cerita ni bagi aku BUSTED!
7 comments:
adehhhhhhh gelinyaaaaa......
takleh dah la makan sardin...
Isk...bior betul. Sardin tu antara makanan fav aku tuh....
Memang dulu ada kilang proses sardin kat Taiping.for info,Taiping memang dekat ngan laut.4km aje (Port Weld).tapi tu takde kena mengena sebab sardin tu beku punya.Memang kilang tu guna air didihan yang sama untuk sardin dan escargot yang di eksport .save cost ler nih...
Macammana aku tahu? aku orang Taiping ma..!rumah dekat betul ngan kilang tu (dah tutup dah...)kilang lain,brand lain aku tak tau le kan...
brand ape aku tak ingat .bukan ayam brand.
betul tu ,aku pun rasa logik gak kilang kecil tu nak save cost,gunakan air panas yang sama..bukan nye senang pakai tukar2 periuk aje macam masak kat rumah tu.
adeh..camner nie??sardin tu favorate..geli lak nk mkn..tp still leh plih brand kan...huhuhu
alamak..brand ape tu? sy nk tau sgt2 coz sy ni penggemar sardin..leh kata dlm 1 mgu tu 3-4 kali la org rmh msk utk sy w/pn dia xmkn ikan...huhu..geli lak tekak sy ni..
Post a Comment