Tuesday, December 26, 2006

Monumen Hero Atau Crook?

Alkisah seorang Menteri marah dengan tindakan individu-individu tertentu yang menaikkan monumen MPAJA (Malayan Peoples’ Anti-Japanese Army) di tanah perkuburan di Nilai. Katanya monumen itu ialah sebagai 'mengenang perjuangan komunis’ dan secara tak langsung mengiktiraf perjuangan mereka (komunis).

Kat sini bagi aku sebenarnya ada dua saluran pemikiran. Satu, monumen tu wajar / ‘tak apa’ didirikan sebab ianya dibuat secara persendirian, di atas tapak yang juga boleh dikatakan persendirian. Monumen tu juga dibina sebagai memperingati penentangan ke atas pendudukan Jepun di Malaya dahulu. Jadi, dalam kata lain, Menteri tu rabun sejarah – sebab tak semua anggota MPAJA tu komunis, dan tak semua MPAJA meneruskan penentangan masa darurat.

Satu lagi aliran pemikiran ialah...Menteri tu betul. Kenapa? Sebab asas MPAJA ialah PKM. PKM yang sama menyebabkan Darurat antara 1948-1960 serta era Insurgensi antara 1968-1989. Tak dilupakan Empat Belas Hari dalam bulan Ogos 1945 dimana MPAJA menjalankan undang-undang sendiri dengan membunuh orang-orang yang dikatakan bersubahat dengan Jepun (dan siapa boleh kata mereka hanya membalas dendam, dan bukan pembunuhan yang lebih terancang, dengan niat nak merebut kuasa?) dan hanya dapat dikekang sedikit sebanyak di Johor oleh Kiyai Salleh serta kehadiran semula tentera British pada September 1945. Mungkin Pak Menteri khuatir, ini langkah awal ‘membersihkan’ PKM – MPAJA sebagai ‘wira’ penentangan Jepun (dan melupakan sumbangan unit-unit seperti Force 136 serta Wataniah); kemudian diikuti usaha MPAJA (yang kemudian bertukar jadi MPABA – tukar ‘Japanese’ jadi ‘British’) menentang British dan seterusnya. MPAJA ni bukan apa, taraf 'pejuang' mereka dipadamkan dari lipatan sejarah negara sebab mereka berterusan menentang walaupun dah tak diterima, sehingga 1989. Bapak aku pernah kata 'orang tak ingat kita buat baik, tapi pastinya orang ingat kalau kita buat jahat'.

Kat sini aku buat kesimpulan radikal...bagi aku kalau monumen tu memperingati kegiatan MPAJA semasa WW2, biarlah. Kena pula kalau monumen tu untuk individu sahaja. Tapi dalam masa yang sama pihak-pihak yang berkenaan perlu juga highlight penglibatan Force 136 dan Wataniah... mungkin juga kena buat monumen khusus, jangan sampai ada orang ingat hanya MPAJA sahaja yang menentang Jepun.

3 comments:

Azhar Ahmad said...

Apapun, semua yang incik cakapkan betul. Samada pandangan negatif atau positif...

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

Selamat tahun baru!

JBM8141 said...

email aku no kau... kalau line celcom la. kalau digi atau maxis, tanya bomba. artakusaurora@yahoo.com