Dihydrogen Monoxide - Satu Pendedahan
OK…sekarang setelah aku buat pendedahan pasal bahayanya DHMO (rujuk posting asal di SINI), dan kita semuanya tak sedar akan bahaya bahan itu, aku nak dedahkan pula apa sebenarnya DHMO. Sila baca ayat demi ayat…jangan skip ye? Entry ni panjang sikit, but I believe you will find it enlightening.
Baiklah DHMO sebenar-benarnya ialah……
AIR
Ya, air, water, skyjuice, air jarang, air kosong, H2O…Apa yang aku tulis dalam entry aku tu sebenarnya satu hoax yang dibuat budak-budak sebuah Universiti di US. Tujuannya nak menunujukkan betapa orang ramai akan percaya sesuatu benda tanopa usul periksa, terutama kalau melibatkan penggunaan ‘buzzwords’ tertentu.
Nama saintifik air ialah hydrogen oxide..sebab ada dua atom hydrogen maka sahaja ditambah ‘di’ dan sebab atom oksigen ada satu, saja ditambah ‘mono’. Dan bila oxide menjadi ‘monoxide’ maka fikiran kita akan mengaitkan ia dengan satu lagi monoxide berbahaya – carbon monoxide…langkah pertama hoax ini dah berjaya. Nama-nama saintifik lain air tu betul…Cuma bila kita sebut ‘asid’ maka akan terbayang satu cecair kimia yang mampu merosakkan wajah seseorang (cerita yang selalu didengar) dan kita lupa banyak lagi benda asid dalam kehidupan kita…macam jus limau!
Setelah mendapat persepsi ‘bahaya’, hoax ini seterusnya menyenaraikan ‘keburukan’ DHMO. Mari kita tengok…
‘beribu-ribu kematian…berjuta-juta dolar kerugian…terutama diselatan dan tenggara US’ – Berapa ramai mati lemas seluruh dunia? Berapa ramai mati dan hartabenda musnah akibat storm surge taufan-taufan yang melanda US, terutama Katrina tahun 2005?
‘kematian…DHMO masuk saluran pernafasan’ – ni mati lemas la…juga sebab penyakit seperti paru-paru berair…
‘pendedahan…DHMO dalam bentuk pepejal…’ – pernah dengar frostbite?
‘lecuran teruk…DHMO dalam bentuk gas’ – cuba letak tangan kat muncung cerek yang tengah mendidih…
‘komponen utama hujan asid’ – kalau hujan apa yang turun, air kan?
‘menyebabkan logam teroksida’ – bunyi saintifik untuk karat…karat sebab ada air kan?
‘ketagihan bahan…mati dalam masa 168 jam’ – kita semua kan bergantung kepada air…takde air kita mati…’
Penggunaan dan kehadiran DHMO
Semua aplikasi ‘DHMO’ tu nampak macam aktiviti memusnahkan alam sekitar kan? Semua yang aku senaraikan tu melibatkan air dalam proses pembuatan. Dan bagi ‘digunakan di kolam renang awam’, kalau takde air camne swimming pool nak digunakan yek?
Dan kehadiran DHMO dalam produk-produk tu...sikit sebanyak mesti ada air, ye tak?
Jadi apa-apa hal aku mintak maaf la ye. Sekarang, dengan jujur, baik mengaku , siapa yang percaya DHMO merbahaya masa korang baca entry aku yang lepas? Hmmm apa kata korang forward entry DHMO aku tu kat kawan-kawan, sedara-mara dan lepas tu dapatkan reaksi diaorang...jangan dia orang kata 'Mari Haramkan DHMO’ sudah!
3 comments:
Bagus info kau ni Alpha. Aku dulu macam dah tau, rupa-rupanya ada lagi yang aku tak tau dan sah banyak lagi yang aku baru tau..huhuhu..
Tq Alpha..
Ooh...tak dpt pun email hoax ni. Nasib baik aku baca posting ko...kalo tak, tak pasal-pasal aku fwd email fitnah.
Apa kata buat posting kaitan soya dgn kejadian lelaki lembut pulak? :D
BP
Jadi kau dah tahu perkara yang tak tahu jadi boleh la bagitahu kat orang yang tak tahu jadi mereka tahu!
Sarah's Mummy
Forward aje la...selang berapa hari lepas tu forward penerangan yang DHMO tu air....tengok apa reaksi diaorang
Apa dia cerita air soya dengan lelaki lembut?
Post a Comment