Tuesday, October 17, 2006

Kenangan Aidilfiti

Nak raya ni teringat aku beraya diperantauan. Dua tahun aje. Tapi tahun yang pertama tu syahdu aje. Nak balik duit tak cukup. Malam raya aku dengan member aku berlonggok depan public phone. Call Malaysia guna nombor 1-800-0-900-88-60 (kalau tak salah aku la). Tapi nombor tu nombor operator Telekom Malaysia. Line payah nak masuk. Kami gilir-gilir cuba dapatkan operator tu, siapa yang dapat dulu dia cakap la. Even kalau dah lepas giliran pun, member masih tunggu, tolong dailkan. Bila aku dapat aku pun speaking la, ingatkan operator BT. Ropenye Malaysia! Terus tukar BM..heheh. Time panggilan diselaras dengan waktu Malaysia, jadi aku call rumah atuk aku dalam pukul 2pagi GMT atau 10 pagi Malaysia. Dapat la cakap dengan mak, ayah dengan atuk aku. Masa tu aku tak tahu, tapi family aku dah decide camne nak deflect kalau aku tanya mana Mak Ani aku. Dia tak dapat nak merasa raya tahun tu sebab pergi selama-lamanya November 1994 sebab leukemia. Entah la , hati aku sendiri macam tak tergerak nak tanya pasal dia (bila aku balik cuti summer tahun tu baru family aku bagitau). Apa-apa hal, bila kat tempat orang, lagu macam Dendang Perantau dengan Dari Jauh Kupohon Maaf memang terasa efeknya.

Raya tahun tu aku kongsi masak dengan member aku dari Bath yang beraya dengan awek dia kat Aber. Kami nak buat lain dari yang lain…jadi kami masak baryani dengan tandoori..rendang tu ada la jugak dengan nasi impit. Mak aku pun ada kirim kuih tapi jenis kerepek dengan rempeyek aje. Kalau hantar biskut, alamat aku makan pakai sudu aje la.

Semayang raya buat kat bekas gym universiti, tempat yang sama buat tarawih. Tapi yang aku nak tergelak, tengah imam berkhutbah dia boleh sound golongan ibu dengan anak-anak yang bersembang dan secara umumnya buat bising. Senyap sekejap..tapi sekejap aje la. Lepas semayang kami ke rumah student PhD dengan Masters terutamanya PhD sebab depa dah berkeluarga dan banyak buat makan! Belasah la sate, ketupat (plastik – Adabi), rendang dan sebagainya. Kami pelajar Malaysia terutamanya jadi perhatian penduduk tempatan sebab baju yang berwarna-warni..masa tu late winter/early spring jadi secara umumnya mat saleh pakai baju yang kelabu, gelap dan sebagainya – nak match cuaca!

Petang tu ada kelas, asalnya memang aku nak pergi. Tapi bila aku keluar bilik aku tengok macam kapas gugur dari langit...snow! Snow pertama aku kat UK. Lebat pulak tu, ada la dalam ½ kaki turun. Jawabnya aku sambar kamera aku, kelas Intellectual Property Law aku entah ke mana…ehhehe. Oh, paginya, masa aku nak pergi semayang hujan batu turun.

Raya tahun depannya lebih kurang sama cuma takde snow...dan aku dah jadi biasa beraya di rantau..takde la syahdu sangat. Cuma kali ni aku telefon rumah direct call dengan segenggam duit satu pound. Tak payah nak tunggu. Nasib baik hostel upgrade telefon public tu boleh buat international call..

Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada pengunjung blog aku ni. Kalau ada sesiapa yang terasa hati dengan tulisan aku...aku mohon maaf. Kesilapan tidak disengajakan. Juga aku break dari berblog sampai at least awal bulan 11 sebab aku ambik cuti panjang. Unless aku jumpa CC atau guna PC pakcik aku. Sekali lagi Salam Aidilfitri dari Alpha!

8 comments:

JBM8141 said...

selamat hari raya maaf zahir batin, Alpha. Kalau balik johor tu, memandu baik2 aaa. kalau balik laaaaa....

blackpurple @ jowopinter said...

Slmt Hari Raya utk kau sefamili..

Maaf zahir dan batin atas segala keterlanjuran kata-kata samada di dalam entri atau di kotak komen sepanjang berblogging......

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Alpha... Mohon maaf jika ada terkasar bahasa, tutur kata mahupun posting yang menyinggung perasaan selama ini... Salam utk wifey and Nabila... Berhati2 memandu pulang...

Unknown said...

bro selamat hari raya aidil fitri to u and your family.

long holiday nampak. semoga ceria di aidil fitri hu hu

Azhar Ahmad said...

Selamat hari Raya untuk Incik juga....

Ayu Mohamad said...

selamat ari raya maaf zahir batin.. dah setat keje ke?

*bila nak pos sticker hehehehehe

Ayu Mohamad said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Amiene Rev said...

salam hari raya...

syahdu tiba...