Thursday, October 12, 2006

Telur Punya Cerita

Masa aku di A-Level, hari Isnin memang best. Hari pasar malam! Yang menariknya pasar malam kat luar pagar hostel aje. Tak payah nak jalan jauh2. Kat situ ada la satu stall ni jual nasi/mee/meehoon/kuetiaw goreng yang pakai kuali besar tu. Ini persinggahan biasa aku dengan gang aku. Ada satu hari aku tak berminat nak bubuh telur goreng kat nasi aku pasal makcik tu goreng tak garing, masih ‘bernanah’ (kuning dia cair lagi le). So aku cakap, ‘Makcik, saya tak nak telur ye’. Yang lain makan aje telur goreng camtu. Lepas tu bila nak bungkus, makcik tu tanya la,”siapa yang takde telur tadi?”. Aku pun mengaku la diiringi gelak ketawa member yang otak ke lain serta kata2 macam ‘wei, selama ni engkau takde telur ye?’…cis! Makcik tu senyum aje.

Juga masa A-Level, kami selalu keluar makan kat ‘Junction’ – sebelah Esso dengan Giant seksyen 18 sekarang ni. Dan makanan biasa kami yang goreng-goreng la. Bila makanan sampai member aku komplen dengan suara yang agak kuat “Eh, telur aku kecik la!” (sebab telur goreng dia ‘cacat’ sket, nampak kecik). Dan macam aku kena jugak, kawan aku ni digelakkan secara beramai-ramai….

3 comments:

Azhar Ahmad said...

Huhuhuhhu, aku juga ader kes pasal telur...

Pegi kedai. Makan nasik goreng, pastu mintak telur goreng separuh masak. Kira bernanah lagi la...

Samapi je, kawan aku...

"Alaaahhhh, telur aku separuh jerrr"

Aku.

"Haalah, aku pun separuh jugak."

Apalagi kena gela tak hingat pasal aku dan kawan aku berkongsi telur. Separuh2. Cis.

blackpurple @ jowopinter said...

Aku cukup pantang kalau orang main-main telur...




..telur rebus maksud aku.....kan makanan tu... hahaha

Anonymous said...

telur ayam separuh masak, buh lada sulah and kicap...lama dah tak pekena...