Tuesday, October 10, 2006

Sembilu di Astana Idaman Kasih

Sembilu di Astana Idaman Kasih

Entry kali ni pasal drama nan dua biji di Astro Ria dan TV3/TV9 tu. Dengan rasa boringnya aku isytiharkan dua drama ni antara drama paling buruk walaupun dapat rating tinggi. Sembilu tu mmg patut pun ditukar nama menjadi ‘Sembelit’ sebab dah beratus-ratus episod tak habis-habis. Masalahnya jalan cerita langsung tak berkembang. Minggu ni gaduh, minggu depan Ok balik lepas tu gaduh balik gila2. Minggu ni faham tugas suami alih-alih dua episod lagi terus macam orang dungu! Pasal laki lambat amik lunch sampai nak terjerit-pekik? Dah la tu, penuh dengan adegan flashback...kadang-kadang siap boleh flashback musim lepas punya! Ah, satu lagi mesti ada artis baru syok kat Fendi...arghhhhh!!! Satu lagi bila wtak pompuan mengandung...sikit2 ‘blablabla kau tu mengandung’. Alahai Datuk YH, kami mintak tolong supaya tamatkan drama ni...dah boring la!

Astana Idaman pulak...aku tak pasti, ini drama Melayu ke Mexico? Musim lepas siap ada shoot-out macam cite Hong Kong. Tapi apa-apa hal drama ni memang menunjukkan anak-anak yang kurang ajar…nak kira dah tahap derhaka dah, siap jerit2 maki mak sendiri. Lepas tu pulak kebanyakan watak pulak punya la busuk hati, terutama sapa, Tan Sri Borhan? Tau la orang bisnes ni ada suka tikam belakang tapi ni macam entah…teruk sangat la jiwa dia! Dan juga dalam drama ni aku tengok lagi banyak cleavage didedahkan dari drama-drama Melayu lain! Dialog pun kengkadang lapik ala kadar aje...kengkadang tak cover langsung. Satu lagi nama, tolak Atikah, Borhan, Mansor, Abas, Arman dengan Juwita…yang lain-lain dah macam drama Sopranos pulak, takpun drama Pinoy. Apa taknya, nama Mark, Rocky, Mickey, Tony, Maria…

Dua-dua drama ni letak prime time…sesuai ke untuk tontonan keluarga?

4 comments:

blackpurple said...

Cerita Sembilu itu akan berterusan sampai Fendi tu beranak cucu kot...hahaha...

Astana Idaman; sketsa melayu yang tak berpijak di alam nyata...

Anonymous said...

betul tu....dah cam citer mexico.... cleavelage tu toksah cite la.. org Islam kita ni.... aduhhhhhhh

indica said...

Mmg malas pun tengok citer sembilu tu..cemburu buta, gaduh laki bini..tu je yg tau..tak semput ke diorang?

Astana Idaman tu cam drama mexico pun ada, hongkong pun ada...nama org pun cam rojak eg. micky firdaus..hehe

Azhar Ahmad said...

Cerita cam astana idaman tuhhh macam entri saya hari nihhh...

Anyway, my lecturer, seorang Jawa pure, datang dari tanah jawa, dan masih bukan warganegara, tergelak mendengarkan ayat astana tu.

Astana adalah Binaan Untuk Orang yang dah meninggal, untuk kaum hindu di Bali!

Mana DBP nehhh....